Jerman perketat kawalan keselamatan di lapangan terbang
Jerman meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa lapangan terbang utamanya. Polis tidak memberikan alasannya tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan ancaman pengganas.
BERLIN: Jerman meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa lapangan terbang utamanya. Polis tidak memberikan alasannya tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan ancaman pengganas.
Empat lelaki dilaporkan berkelakuan mencurigakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Stuttgart.
Polis Jerman menyatakan kawalan keselamatan lebih ketat akan diteruskan sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Bagaimanapun jadual penerbangan dan pendaratan pesawat tidak terjejas.
Laporan media tempatan menyatakan pihak berkuasa Maghribi sebelum ini memberi maklumat kepada Jerman selepas mengesan perbualan tentang kemungkinan serangan dilakukan ke atas sebuah lapangan terbang dekat sempadan Jerman-Perancis.
"Saya tidak dapat menolak atau mengesahkan apa yang dilaporkan oleh pihak media," jawab seorang jurucakap polis apabila ditanya tentang laporan mengenai individu berkelakuan mencurigakan di lapangan terbang itu.
Tambah beliau, polis di Stuttgart sudah memberitahu lapangan terbang utama lain di Jerman mengenai insiden tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.