Jerman, Perancis dan Britain tingkatkan tahap keselamatan susuli keganasan Israel-Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Geoffroy Van der Hasselt)
BERLIN: Jerman, Perancis dan Britain pada Ahad (8 Okt) mempertingkatkan keselamatan di sekitar saumaah, sekolah dan tuju peringatan Yahudi berikutan serangan mengejut kumpulan militan Hamas ke atas Israel.
Jerman mengetatkan perlindungan polis ke atas institusi-institusi Yahudi dan Israel, sedang sejumlah penyokong Palestin di Berlin meraikan serangan tersebut di jalanan.
Polis Berlin memuat naik gambar di media sosial yang menunjukkan "orang awam meraikan serangan ke atas Israel dengan mengagihkan pastri" di Sonnenallee, iaitu jalan utama bandar itu di wilayah Neukoelln.
Menurut polis, mereka menjalankan pemeriksaan identiti dan memfailkan aduan.
Sementara itu, Perancis memberi tumpuan kepada saumaah dan sekolah Yahudi di bandar-bandar merata negara itu, sedang seorang pemimpin Yahudi menyuarakan keprihatinan terhadap konflik yang mungkin akan dibawa dari Israel.
Keselamatan di Perancis sudah ditingkatkan di saumaah di Paris, Marseille, Lyon dan Strasbourg disebabkan perayaan yang disambut sejak September.
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne berkata pada Ahad bahawa keselamatan sudah dipertingkatkan di sekitar saumaah dan sekolah Yahudi di negara tersebut.
"Tiada ancaman khusus buat masa ini, namun kita akan berjaga-jaga," katanya.
Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin memberi mesej penting kepada pegawai serantau, dan meminta mereka untuk memperkukuhkan pengawasan.
Beliau menggesa "kehadiran statik yang sistematik dan jelas", dan menggunakan tentera dari Operasi Sentinelle Perancis, sebuah pasukan khas yang dikerahkan merata negara itu sejak serangan pengganas 2015. Kementerian Dalam Negeri Perancis menyatakan ia akan menilai keadaan keselamatan di satu mesyuarat khas pada Ahad.
Perkhidmatan polis London menyatakan pada Sabtu (7 Okt) malam bahawa ia sudah mempergiat rondaan merata ibu kota Britain selepas "sejumlah serangan ... berkaitan konflik yang sedang berlaku di Israel dan sempadan dengan Gaza".
Menteri Dalam Negeri Britain Suella Braverman berkata harus "tidak bertolak ansur sama sekali terhadap antisemitisme atau mengagungkan keganasan di jalan-jalan Britain".

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.