Skip to main content

Dunia

Jerman luluskan penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi

Anggaran Waktu Membaca:
BERLIN: Jerman pada Rabu (26 Okt) membentangkan rancangan untuk meluluskan penggunaan ganja seperti yang dijanjikan pemerintah Canselor Olaf Scholz, lapor Reuters.

Langkah itu menjadikan Jerman salah satu negara pertama di Eropah yang tidak mengharamkan penggunaan ganja.

Menteri Kesihatan Jerman, Karl Lauterbach membentangkan kertas mengenai undang-undang yang dirancang untuk mengawal selia pengedaran terkawal dan penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi dalam kalangan orang dewasa.

Memperolehi dan memiliki 20 hingga 30 gram ganja rekreasi untuk kegunaan peribadi juga dibenarkan.

Pemerintah campuran Jerman mencapai persetujuan tahun lalu untuk memperkenalkan undang-undang membenarkan pengedaran secara terkawal ganja di kedai-kedai yang berlesen semasa penggal empat tahunnya.

Banyak negara di Eropah termasuk Jerman sudah membenarkan ganja untuk tujuan perubatan terhad.

Negara lain bagaimanapun tidak menganggap penggunaan ganja sebagai jenayah namun masih tidak membenarkan ganja di negara berkenaan.

Menurut kertas itu lagi, menanam ganja akan dibenarkan pada skala yang terhad.

Siasatan berterusan dan prosiding jenayah yang berkaitan dengan kes yang tidak lagi menyalahi undang-undang ganja akan ditamatkan.

Pemerintah Jerman juga merancang untuk memperkenalkan cukai pengguna khas serta membangunkan pendidikan dan kerja pencegahan berkaitan ganja.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita