Jerman lapor penularan selesema burung H5N8
Jerman melaporkan penularan selesema burung H5N8 yang sangat patogenik di bahagian barat daya negara itu, menurut Pertubuhan Sedunia bagi Kesihatan Haiwan (OIE) pada Isnin (10 Feb).

(Gambar hiasan: AFP)
PARIS: Jerman melaporkan penularan selesema burung H5N8 yang sangat patogenik di bahagian barat daya negara itu, menurut Pertubuhan Sedunia bagi Kesihatan Haiwan (OIE) pada Isnin (10 Feb).
Virus itu menyebabkan 44 ekor daripada sekumpulan 69 burung mati di Bretzfeld, di daerah Baden-Wurttemberg, menurut OIE yang berpangkalan di Paris sambil menukil satu laporan daripada kementerian makanan dan pertanian Jerman.
Dalam laporan tersebut, ia menyatakan: "Semua ayam itik dan burung sudahpun ditakai dan dihapuskan dengan selamat pada 7 Februari 2020. Tiada ayam itik, produk ayam itik atau burung yang dipasarkan".
Satu kes selesema burung H5N8 disahkan pada seekor burung liar di wilayah Brandenburg, Jerman, pada Januari tetapi tiada burung di ladang yang terlibat, menurut kementerian tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.