Skip to main content

Dunia

Jerman lapor kes pertama varian baharu mpox lebih mudarat

Anggaran Waktu Membaca:
Jerman lapor kes pertama varian baharu mpox lebih mudarat

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 23 Oct 2024 07:42AM
BERLIN: Varian baharu klad Ib virus mpox telah dikesan buat kali pertama di Jerman, menurut pihak berkuasa kesihatan awam terkemuka negara itu, Institut Robert Koch (RKI) pada Selasa (22 Okt), lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kes pertama varian klad Ib mpox di luar benua Afrika telah disahkan di Sweden pada pertengahan Ogos.

"RKI tidak menganggap risiko yang lebih tinggi daripada virus klad I di Jerman buat masa ini, tetapi memantau keadaan dengan teliti dan akan menyesuaikan saranannya jika perlu," menurut institut itu di lamannya.

Gejala mpox termasuk ruam biasa serta gejala umum seperti demam, sakit kepala dan sakit otot. Kes kematian adalah jarang, terutama di negara yang mempunyai piawaian rawatan yang baik.

Klad Ib dianggap lebih memudaratkan berbanding klad IIb, dan terdapat kecurigaan ia mungkin lebih mudah berjangkit.

Para pakar kesihatan awam bagaimanapun memberi amaran, data yang diyakini mengenai varian itu masih belum mencukupi buat masa ini.

Jangkitan daripada varian lain virus mpox, klade IIb, telah dikesan di banyak negara termasuk Jerman sejak Mei 2022.

Menurut RKI, tiada kematian akibat mpox direkodkan di Jerman sejauh ini.
Sumber : Bernama/AW/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita