Skip to main content

Dunia

Jerman kibar bendera separuh tiang peringati mangsa rempuhan pasar Krismas

Anggaran Waktu Membaca:
Jerman kibar bendera separuh tiang peringati mangsa rempuhan pasar Krismas

(Gambar: Ronny HARTMANN / AFP)

Diterbitkan : 22 Dec 2024 08:40AM Dikemas Kini : 22 Dec 2024 09:52AM
MAGDEBURG: Canselor Jerman Olaf Scholz bersama para pegawai atasan lain, termasuk Menteri Dalam Negeri Nancy Faeser dan Menteri Kehakiman Volker Wissing, pada Sabtu (21 Dis) melawat tempat rempuhan kereta yang meragut nyawa di pasar Krismas di Magdeburg, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Sekurang-kurangnya lima orang, termasuk seorang kanak-kanak, terkorban manakala 41 yang lain cedera parah selepas sebuah kereta merempuh orang ramai pada petang Jumaat (20 Dis).

Beberapa media melaporkan lebih 200 orang cedera dalam insiden itu.
Suspek yang kini dalam tahanan polis, merupakan seorang doktor warga Arab Saudi yang menetap dan bekerja di Bernburg, sebuah bandar di selatan Magdeburg, menurut para pegawai.

Encik Scholz dan rombongannya terlebih dahulu bertemu dengan para pegawai Kabinet daerah, termasuk Ketua Menteri Saxony-Anhalt, Reiner Haseloff.

Cik Faeser pada pagi Sabtu telah mengarahkan semua bendera di bangunan persekutuan dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.

Satu upacara peringatan akan diadakan di Katedral Magdeburg pada pukul 7.00 malam waktu tempatan hari ini (22 Dis).
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita