Jerman dermakan 100,000 vaksin mpox bagi tangani wabak di Afrika
Anggaran Waktu Membaca:

Vaksin cacar monyet JYNNEOS. (Gambar fail: Patrick T. Fallon/AFP)
BERLIN: Jerman akan mendermakan 100,000 dos vaksin mpox daripada bekalan tenteranya untuk bantu menangani wabak di Afrika buat jangka masa pendek ini, serta memberikan bantuan kepada negara-negara yang terjejas, menurut seorang jurucakap pemerintah pada Isnin (26 Ogos).
Pemerintah Jerman akan menyediakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan sumber kewangan yang fleksibel menerusi pelbagai instrumen untuk memerangi mpox serta menyokong rakan kongsinya di Afrika melalui pakatan vaksinasi GAVI, tambah jurucakap itu.
Jerman mempunyai sekitar 117,000 dos vaksin Jynneos, yang disimpan oleh tentera Jerman selepas Berlin memperolehnya pada 2022.
Ia akan menyimpan jumlah minimum stok, untuk melindungi pihak berkuasa yang ke luar negara contohnya, kata jurucakap kementerian pertahanan pada Isnin. Keputusan berasingan perlu dibuat ketika membuat pesanan baharu bagi vaksin tersebut, tambahnya.
WHO mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global selepas wabak di Republik Demokratik Congo merebak ke negara jiran dan bentuk baharu virus itu, klad 1b, mencetuskan kebimbangan mengenai rentak cepat penularan.
Pemerintah Jerman melihat cara terpantas untuk mengirimkan vaksin itu ke negara-negara terjejas, terutamanya Republik Demokratik Congo, tetapi juga Burundi dan negara jiran di Afrika Timur, menurut jurucakap kementerian luar.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.