Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jerman catat kes harian tertinggi, 164,000 jangkitan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Jerman catat kes harian tertinggi, 164,000 jangkitan COVID-19

Gambar Hiasan : Bangunan Reichstag yang menempatkan parlimen Jerman pada 24 Januari 2022. (Gambar: Tobias Schwarz/AFP)

MOSCOW: Jerman mencatatkan 164,000 kes baru jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Sputnik.

Ini merupakan kadar jangkitan harian tertinggi dengan jumlah kumulatif melebihi 8 juta sejak wabak pandemik melanda.

Sebanyak 164,000 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan dengan 166 kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menurut Institut Data Robert Koch hari ini (26 Jan). 

Jumlah kes tertinggi kekal di wilayah Utara Rhine-Westphalia dan Bavaria, dengan masing-masing mencatatkan 37,470 dan 31,797 kes baru.

Negara itu mencatatkan angka tertinggi 140,160 kes positif COVID-19 pada 21 Januari. 

Sementara itu, seramai 61.1 juta orang atau 73.5 peratus penduduknya sudah lengkap divaksin COVID-19, dengan sekurang-kurangnya 42.2 juta sudah pun menerima suntikan dos penggalak.

Situasi COVID-19 kekal meruncing di seluruh Kesatuan Eropah, dengan purata 1.2 juta kes dicatatkan setiap hari. 

Kadar jangkitan tertinggi berlanjutan di Perancis, di mana lebih 500,000 kes dikesan pada Selasa (25 Jan). 

Varian Omicron dianggarkan menyumbang kepada 91 peratus kes baru di Perancis dan 57 peratus di Jerman.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan