Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jerman catat kadar tertinggi COVID-19 sejak Mei

Buat pertama kalinya sejak Mei, kadar kejadian koronavirus bagi tempoh tujuh hari di Jerman mencapai 100 jangkitan bagi setiap 100,000 orang pada Sabtu (23 Okt). Ini susuli lonjakan kes sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Jerman catat kadar tertinggi COVID-19 sejak Mei

Orang ramai di Berlin, Jerman pada 20 Okt 2020 memakai pelitup di tengah COVID-19 (Gambar: REUTERS/Fabrizio Bensch)

Diterbitkan : 23 Oct 2021 07:18PM Dikemas Kini : 23 Oct 2021 07:21PM

FRANKFURT: Buat pertama kalinya sejak Mei, kadar kejadian koronavirus bagi tempoh tujuh hari di Jerman mencapai 100 jangkitan bagi setiap 100,000 orang pada Sabtu (23 Okt). Ini susuli lonjakan kes sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Angka tersebut mencecah 100 orang berbanding 68.7 hanya lapan hari sebelumnya, umum institut kesihatan Robert Koch (RKI), sebuah agensi kesihatan pemerintah.

Trend yang meningkat itu "dicatatkan bagi hampir semua kumpulan usia sejak seminggu lalu dan dijangka meningkat terus pada musim gugur dan musim sejuk," kata jurucakap kementerian kesihatan, Oliver Ewald.

Jerman mencatatkan 86 kematian baru COVID-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah korban di negara itu meningkat kepada 95,077, menurut perangkaan rasmi.

Sebanyak 15,145 jangkitan baru turut dilaporkan dalam tempoh 24 jam, meningkat 31 peratus dalam tempoh lapan hari terakhir ini.

Kementerian kesihatan menyatakan pada Jumaat lonjakan kes itu belum lagi menyebabkan "peningkatan dinamik" pada pesakit COVID yang memerlukan rawatan rapi.

Persatuan rawatan rapi Jerman, DIVI bagaimanapun menyuarakan kebimbangannya.

Pakar kanan DIVI Christian Karagiannidis menulis di Twitter bahawa terdapat "kaitan rapat" antara kadar kejadian dan kemasukan ke hospital bagi kes COVID yang baru.

"Gelombang keempat yang sebenarnya bermula sekarang dan dan sedang merebak cepat," katanya.

Lebih daripada 66 peratus daripada 83 juta penduduk Jerman, sudah menerima suntikan vaksin penuh terhadap COVID-19.

Hampir 70 peratus sudah mendapatkan dos pertama mereka.

Agensi kesihatan pemerintah RKI sebelum ini mengumumkan mulai Ahad (24 Okt), Singapura disenaraikan sebagai antara kawasan "berisiko tinggi" bagi COVID-19.

Singapura dan empat negara lain iaitu Bulgaria, Cameroon, Croatia dan Republik Congo dimasukkan dalam senarai itu selepas laporan bersama Kementerian Kesihatan Jerman, Pejabat Luar dan Kementerian Dalam Negeri, Bangunan dan Masyarakat, yang diterbitkan semalam.

Menurut kementerian kesihatan Jerman, sesebuah negara disenaraikan sebagai berisiko tinggi jika purata kadar jangkitan dalam tempoh tujuh hari melebihi 100 orang bagi setiap 100,000 orang.

Data diterbitkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia Singapura mencatat 396.42 bagi setiap 100,000 orang.

Jerman ialah salah satu daripada 11 negara di bawah skim Laluan Perjalanan bagi Penumpang yang Divaksin (VTL) yang mengecualikan mereka yang pulang dari negara-negara tersebut daripada kuarantin sekiranya diuji negatif COVID-19 semasa ketibaan dan dalam ujian sebelum bertolak. 

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan