Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jerman akan luaskan kehadiran ketenteraan di Indo-Pasifik

Anggaran Waktu Membaca:
Jerman akan luaskan kehadiran ketenteraan di Indo-Pasifik

Jeneral Eberhard Zorn. (Gambar: Tobias Schwarz/ AFP)

BERLIN: Jerman akan meluaskan kehadiran ketenteraannya di Indo-Pasifik dengan menghantar lebih banyak kapal perang dan menyertai latihan bersama dengan negara sekutu sedang ia mengawasi pembentukan "besar" tentera bersenjata China.

Demikian dikatakan Ketua Pertahanan Jerman kepada Reuters.

Jerman akan menyertai sama negara-negara Barat lain dalam memperkukuhkan lagi kuasa serta pengaruh di rantau tersebut di tengah-tengah ketegangan terhadap aspirasi wilayah Beijing.

Tahun lalu, Berlin menghantar kapal perang pertamanya dalam hampir 20 tahun ke perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan - dengan risiko menimbulkan kemarahan rakan dagang utamanya - dan bulan ini ia menghantar 13 pesawat tentera untuk latihan bersama di Australia.

Jeneral Eberhard Zorn memberitahu Reuters bahawa Bundeswehr merancang menghantar tentera untuk menyertai latihan di Australia tahun depan, manakala tentera laut akan menghantar beberapa lagi kapal ke rantau itu menjelang 2024.

"Ini adalah cara kami mahu menyatukan kehadiran kami di rantau ini," kata Jenaral Zorn dalam satu wawancara di Kementerian Pertahanan di Berlin.

Ketegangan sedang meningkat di rantau Indo-Pasifik susuli latihan tentera paling terbesar yang dijalankan China di sekitar Taiwan, pada awal bulan Ogos yang dituntut Beijing sebagai wilayah milik negara itu .

Ketika ditanya sama ada Jerman akan menghantar kapal perang belayar ke Selat Taiwan seperti yang dilakukan Amerika Syarikat, Jeneral Zorn berkata ia merupakan perkara yang sensitif yang perlu diputuskan di peringkat politik tertinggi.
"Kami tidak mahu mencetuskan provokasi terhadap sesiapa dengan kehadiran kami tetapi sebaliknya, menghantar isyarat kuat mengenai perpaduan dengan sekutu kami," kata beliau.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan