Jerman akan hantar 14 kereta kebal ke Ukraine
Media Jerman melaporkan bahawa negara itu akan memberi Ukraine kereta-kereta kebal canggih Leopard 2 seperti yang diminta Kyiv untuk menentang pencerobohan tentera Rusia.

(Gambar: AFP)
JERMAN: Media Jerman melaporkan bahawa negara itu akan memberi Ukraine kereta-kereta kebal canggih Leopard 2 seperti yang diminta Kyiv untuk menentang pencerobohan tentera Rusia.
Ia menyusuli desakan selama berbulan-bulan agar Jerman berbuat demikian.
Menurut laporan saluran NTV Jerman, negara itu akan menghantar 14 kereta kebal tersebut ke Ukraine.
Berlin juga akan membenarkan negara-negara lain yang mempunyai kereta kebal tempur buatan Jerman itu untuk memberinya kepada Ukraine.
Perkembangan tersebut dilaporkan setelah akhbar Wall Street Journal menyatakan bahawa Amerika Syarikat kini cenderung untuk menghantar sejumlah kereta kebal Abrams ke Ukraine.
Menurut akhbar itu, pengumumannya akan dibuat minggu depan.
Sebelum ini, Jerman telah menegaskan tidak akan menghantar kereta kebal Leopard ke Ukraine, melainkan Amerika memberi kereta kebal Abrams kepada Kyiv.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.