Jerebu tebal kembali selubungi Pekanbaru
Jerebu asap yang tebal kembali menyelubungi kota Pekanbaru, Kepulauan Riau di Indonesia pagi tadi (10 Okt).
RIAU: Jerebu asap yang tebal kembali menyelubungi kota Pekanbaru, Kepulauan Riau di Indonesia pagi tadi (10 Okt).
Ia berpunca daripada kebakaran tanah gambut di kota itu sendiri serta beberapa kawasan di sekitar Pekanbaru.
Keadaan jerebu begitu tebal hingga menyebabkan jarak pandang hanya antara 50 hingga 100 meter.
Sebahagian daripada para penduduk Pekanbaru juga mengadu mengalami sesak nafas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.