Jerebu selubungi Chiang Mai, mutu udara catat paras berbahaya
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: STR / AFP
BANGKOK: Mutu udara mencapai tahap berbahaya di Chiang Mai, Thailand, pada Jumaat (7 Apr). Keadaan itu mendorong pihak berkuasa tempatan menggesa orang ramai supaya bekerja dari rumah.
Pada pukul 2.00 petang waktu tempatan pada Jumaat, laman sesawang pemantauan mutu udara, IQAir, menyenaraikan Chiang Mai sebagai bandar utama paling tercemar di dunia dengan bacaan PM2.5 pada 323, iaitu 54.5 kali lebih tinggi berbanding garis panduan mutu udara tahunan yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Pencemaran (PCD) Pinsak Suraswadi berkata pencemaran udara di Chiang Mai berpunca daripada beberapa faktor, termasuk kebakaran hutan dan titik panas di negara jiran.
"Asap tebal dijangka kekal di Utara, terutama di wilayah sempadan sehingga 14 April," katanya dipetik Bangkok Post.
Sementara itu, gabenor wilayah Chiang Mai, Nirat Pongsitthavorn, mengeluarkan kenyataan menggesa sektor swasta dan awam membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah berkuat kuasa Jumaat.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya kekal duduk di rumah terutamanya kanak-kanak, wanita hamil dan warga emas.
"Semua pusat jagaan kanak-kanak tanpa penghawa dingin diarah ditutup buat sementara waktu hari ini," katanya dalam satu kenyataan.
Agensi Pembangunan Teknologi Geo-Informatik dan Angkasa (GISTDA) melaporkan terdapat 3,280 titik panas di Thailand dengan 302 dicatatkan di Chiang Mai, Chiang Rai (289) dan Mae Hong Son (281).
Sementara itu, Laos mempunyai jumlah titik panas tertinggi dengan 9,653, diikuti Myanmar (7,161), Vietnam (1,516) dan Kemboja (767).
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha pada Jumaat menghadiri mesyuarat tiga hala dengan rakan sejawatnya dari Laos, Sonexay Siphandone, dan ketua junta Myanmar, Min Aung Hlaing, secara atas talian untuk membincangkan cara memerangi pencemaran jerebu rentas sempadan dalam kalangan tiga negara.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.