Jerebu: SAM gesa Indonesia dedah identiti 57 syarikat dikaitkan dengan kebakaran hutan
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Indonesia mendedahkan identiti 57 syarikat yang mempunyai kawasan konsesi terjejas akibat kebakaran hutan dan tanah, yang turut menyumbang kepada masalah jerebu serantau.
Gambar helikopter menggugurkan air untuk memadam kebakaran hutan di Kalimantan Tengah, Indonesia, pada Ogos 2026. (Gambar fail: AFP)
- Sahabat Alam Malaysia urged the Indonesian government to reveal the identities of 57 companies whose concession areas caught fire and were linked to the regional haze.
- SAM president Meena Raman said the disclosure is important for transparency, legal action and efforts to curb forest burning for replanting.
- The Indonesian embassy in Kuala Lumpur said the affected area exceeded 33,500 hectares across eight provinces, including Sumatra and Kalimantan.
- Indonesian authorities have identified 198 suspected individuals, while police are handling reports against individuals and companies; the public can also boycott the products involved.
- Sahabat Alam Malaysia menggesa pemerintah Indonesia mendedahkan identiti 57 syarikat yang kawasan konsesinya terbakar dan dikaitkan dengan jerebu serantau.
- Presiden SAM, Meena Raman, berkata pendedahan itu penting untuk ketelusan, tindakan undang-undang dan membanteras pembakaran hutan bagi penanaman semula.
- KBRI di Kuala Lumpur memaklumkan kawasan terjejas melebihi 33,500 hektar di lapan wilayah, termasuk Sumatra dan Kalimantan.
- Pihak berkuasa Indonesia mengenal pasti 198 individu disyaki, sementara polis mengendalikan laporan terhadap individu dan syarikat; masyarakat juga boleh memboikot produk terbabit.
Presiden SAM, Meena Raman, berkata langkah itu penting bagi memastikan ketelusan dan membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang didapati bertanggungjawab.
Beliau menegaskan bahawa amalan pembakaran hutan sebagai kaedah mudah dan murah untuk penanaman semula perlu dikenakan tindakan tegas.
Menurut Cik Meena, kegiatan pembakaran yang berlarutan selama beberapa dekad itu telah menjejaskan kehidupan jutaan penduduk di rantau ini, termasuk menyebabkan penutupan sekolah dan masalah kesihatan.
57 ENTITI PERNIAGAAN DIKENAL PASTI
Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur sebelum ini menyatakan bahawa Kementerian Alam Sekitar Indonesia merekodkan 57 entiti perniagaan yang mempunyai kawasan konsesi terbakar di lapan wilayah.
Kawasan terjejas meliputi lebih 33,500 hektar, termasuk sekitar 3,814 hektar melibatkan 16 entiti perniagaan di Sumatra dan sekitar 29,700 hektar membabitkan 41 entiti di Kalimantan.
KBRI turut menyatakan bahawa pihak berkuasa Indonesia mengenal pasti 198 individu yang disyaki terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah.
Polis Indonesia juga mengendalikan 247 laporan polis melibatkan individu, manakala 97 laporan lain melibatkan syarikat sedang diproses sebagai sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan undang-undang.
SAM GESA TINDAKAN LEBIH TEGAS
Cik Meena berkata pendedahan identiti syarikat terbabit juga dapat membolehkan masyarakat di negara-negara yang terjejas mengambil tindakan sendiri, tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Antaranya termasuk memboikot produk keluaran syarikat yang didapati bertanggungjawab terhadap kegiatan pembakaran hutan.
Beliau berharap pendedahan tersebut akan membawa kepada tindakan lebih menyeluruh bagi menghentikan kegiatan pembakaran hutan yang berulang kali menyebabkan jerebu rentas sempadan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.