JEREBU RENTAS SEMPADAN: Malaysia tunggu maklum balas Indonesia berhubung tawaran bantu padam kebakaran
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 di Pusat Konvensyen Ipoh, pada 11 Oktober 2026. (Gambar: BERNAMA)
- Malaysia is still awaiting Indonesia's response to its offer to help put out forest and land fires in Sumatra and Kalimantan that triggered transboundary haze.
- Ahmad Zahid Hamidi said the offer was discussed in Jakarta last month, and a formal letter was also sent by NADMA and the Foreign Ministry.
- The assistance offered includes one firefighting aircraft, three helicopters, as well as 52 officers and personnel to support operations in Indonesia.
- SMART is also ready to help in overseas disasters, including in Nepal, and was praised after retaining its Heavy USAR classification and being recognised as among Asia's best teams.
- Malaysia masih menunggu maklum balas Indonesia terhadap tawaran membantu memadam kebakaran hutan dan tanah di Sumatra dan Kalimantan yang mencetuskan jerebu rentas sempadan.
- Ahmad Zahid Hamidi berkata tawaran itu dibincangkan di Jakarta bulan lalu, selain surat rasmi dihantar oleh NADMA dan Kementerian Luar.
- Bantuan yang ditawarkan meliputi sebuah pesawat pemadam kebakaran, tiga helikopter serta 52 pegawai dan anggota untuk menyokong operasi di Indonesia.
- SMART turut bersedia membantu bencana luar negara, termasuk di Nepal, dan dipuji selepas mengekalkan klasifikasi Heavy USAR serta diiktiraf antara pasukan terbaik Asia.
Beliau berkata semasa lawatan ke Jakarta bulan lalu, beliau bertemu dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto serta wakil Naib Presiden bagi membincangkan tawaran bantuan itu.
“NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) dan Kementerian Luar juga telah menulis surat kepada rakan sejawatan masing-masing, tetapi masih belum ada jawapan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada para wartawan selepas merasmikan Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 di Pusat Konvensyen Ipoh, pada Ahad (11 Okt).
Awal dari itu, dalam ucapannya, Encik Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata Malaysia menawarkan sebuah pesawat pemadam kebakaran, tiga helikopter serta 52 pegawai dan anggota untuk membantu operasi memadamkan kebakaran di Indonesia.
Sementara itu, beliau berkata Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bukan sahaja membantu menangani bencana dalam negara, malah sentiasa bersedia memberikan bantuan kepada negara lain yang dilanda bencana.
Beliau berkata pasukan itu turut dihantar ke Nepal bagi membantu usaha mengesan 55 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi menyusuli bencana di negara berkenaan, termasuk melalui penghantaran sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk membantu proses pengecaman.
“Setakat ini, kita belum menemukan sebarang peninggalan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kita masih menunggu,” katanya.
Encik Ahmad Zahid turut melahirkan rasa bangga dan tahniah kepada SMART atas pengiktirafan sebagai pasukan penyelamat kedua terbaik di Asia selepas Jepun.
Beliau berkata SMART juga berjaya mengekalkan klasifikasi antarabangsa 'Heavy Urban Search and Rescue' (USAR) selepas menjalani penilaian selama 36 jam yang melibatkan 173 kriteria.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.