Skip to main content

Dunia

JEREBU RENTAS SEMPADAN: Keadaan di Malaysia bertambah baik; 14 kawasan masih catat IPU tidak sihat

Anggaran Waktu Membaca:
JEREBU RENTAS SEMPADAN: Keadaan di Malaysia bertambah baik; 14 kawasan masih catat IPU tidak sihat

Pasir Gudang, Johor terus merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 179, setakat 1.00 tengah hari 11 Oktober 2026. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Oct 2026 03:09PM
Transboundary haze: Situation in Malaysia improves; 14 areas still record unhealthy API readings
  • Malaysia's haze situation was reported to have improved at 1pm on Sunday (Oct 11), when Miri fell to the moderate API category with a reading of 99.
  • However, 14 of the 68 stations still recorded unhealthy levels, with Pasir Gudang registering the highest API reading of 179, followed by several areas in Johor and the East Coast.
  • Most areas on the West Coast were at moderate levels, while five stations in the northern peninsula remained in the good category, including Balik Pulau with the lowest reading of 26.
  • The Department of Environment, through APIMS, monitors API readings, while the Ministry of Health and the Department of Environment advised affected residents to reduce outdoor activities and wear face masks.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di seluruh Malaysia bertambah baik apabila Miri, Sarawak kembali merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori Sederhana, sekali gus mengurangkan jumlah kawasan Tidak Sihat kepada 14 setakat pukul 1.00 tengah hari pada Ahad (11 Okt).

Berdasarkan data terkini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), stesen Miri yang berada dalam kategori Tidak Sihat sejak 11.00 pagi kembali merekodkan bacaan Sederhana apabila IPU turun lima mata kepada 99, menurut laporan Astro Awani.

Pasir Gudang, Johor terus merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 179, meningkat satu mata berbanding tengah hari Ahad. Turut merekodkan bacaan tinggi ialah Larkin (177), Kota Tinggi (164), Tangkak (160) dan Segamat (160).

Di Pantai Timur, bacaan IPU kekal tinggi apabila Kuala Terengganu meningkat satu mata kepada 160. Balok Baru di Kuantan, Pahang pula mencatatkan bacaan 159, manakala Kemaman dan Paka masing-masing merekodkan bacaan 157 dan 152.

Sementara itu, mutu udara di kebanyakan kawasan Pantai Barat kekal dalam kategori Sederhana. Seremban mencatatkan bacaan 80, manakala Nilai merekodkan bacaan 76. Di Selangor, Shah Alam dan Petaling Jaya masing-masing mencatatkan bacaan 77, diikuti Klang (73) dan Banting (54).

Sebanyak lima stesen di utara Semenanjung kekal dalam kategori Baik, didahului Balik Pulau, Pulau Pinang dengan bacaan terendah negara iaitu 26. Ia diikuti Langkawi, Kedah (33), Minden, Pulau Pinang (40), Kangar, Perlis (44) dan Kulim Hi-Tech, Kedah (50).

Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan mutu udara yang beroperasi di seluruh negara, 14 stesen berada pada tahap Tidak Sihat (101 hingga 200), 49 stesen merekodkan tahap Sederhana (51 hingga 100) dan lima stesen berada pada tahap Baik (0 hingga 50).

KKM dan JAS terus menasihati orang ramai, khususnya penduduk di Johor dan Pantai Timur yang masih terjejas, supaya mengurangkan aktiviti luar serta memakai pelitup muka yang sesuai bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat jerebu.

<<Topik: Malaysia, jerebu, IPU, Pasir Gudang, Johor, mutu udara, Jabatan Alam Sekitar>>
 
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita