Skip to main content

Dunia

JEREBU RENTAS SEMPADAN: Jerebu terus jejas beberapa kawasan di Asia Tenggara

Mutu udara di Singapura beransur-ansur pulih, meskipun beberapa kawasan lain di rantau Asia Tenggara masih diselubungi jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
JEREBU RENTAS SEMPADAN: Jerebu terus jejas beberapa kawasan di Asia Tenggara

Keadaan jerebu menjejas Pasir Gudang, Johor, di Malaysia pada 16 Oktober 2026. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 19 Oct 2026 09:08PM
TRANSBOUNDARY HAZE: Haze continues to affect several areas in Southeast Asia
  • Singapore’s air quality is gradually improving, with moderate PSI readings in the north, east and south, but unhealthy levels were still recorded in the central and western areas on the night of the report.
  • Thick haze in Johor has led to schools being closed until Friday, while authorities reported more than 30,000 cases of asthma and respiratory infections.
  • Malaysia has offered aircraft, helicopters and about 50 personnel to help Indonesia put out forest fires, but is still awaiting approval from Jakarta after President Prabowo gave the green light.
  • Smoke disrupted flights in Palembang, prompting authorities to conduct cloud seeding over two days using 2.4 tonnes of dry ice; visibility improved and the method may be expanded.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Mutu udara di Singapura beransur-ansur pulih, meskipun beberapa kawasan lain di rantau Asia Tenggara masih diselubungi jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia.

Setakat pukul 7.00 malam, bacaan PM2.5 sejam di Singapura adalah antara 43 hingga 94.

Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam pula mencatat kadar sekitar 90, dalam julat sederhana - bagi bahagian utara, timur dan selatan Singapura.

Mutu udara di bahagian tengah dan barat, bagaimanapun, kekal melepasi 101, iaitu pada paras tidak sihat.

Di Malaysia, sekolah-sekolah di Johor akan terus ditutup untuk lima hari lagi hingga Jumaat sedang negeri tersebut dicengkam jerebu tebal.

Pihak berkuasa menyatakan lebih 30,000 kes asma dan jangkitan pernafasan dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, kerajaan Malaysia menegaskan komitmennya untuk membantu Indonesia memadamkan kebakaran hutan dan kini sedang menunggu kelulusan Jakarta sebelum mengerahkan bantuan.

Malaysia menawarkan penggunaan pesawat pelbagai guna Bombardier, helikopter serta sekitar 50 kakitangan bagi membantu usaha memadam kebakaran tersebut.

Presiden Prabowo Subianto sebelum ini sudah memberi lampu hijau untuk Indonesia menerima bantuan dari luar negara.

Dalam pada itu, usaha membendung kebakaran di Indonesia terus diperhebat.

Terbaru, asap tebal menjejas penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Palembang, Sumatra Selatan.

Lantas, pihak berkuasa menjalankan operasi pembenihan awan selama dua hari dengan menggunakan 2.4 tan ais kering.

Kaedah tersebut didapati agak berkesan, dengan jarak penglihatan di Palembang meningkat kepada 6,000 meter.

Pihak berkuasa Indonesia sedang menimbangkan untuk memperluaskan kaedah tersebut ke daerah-daerah lain yang turut terjejas akibat kebakaran hutan.
Sumber : CNA/FZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita