JEREBU RENTAS SEMPADAN: Jerebu Malaysia semakin teruk; Pasir Gudang di Johor paling teruk terjejas
Anggaran Waktu Membaca:
Stesen pemantauan mutu udara di Kuala Terengganu mencatatkan bacaan pada tahap tidak sihat pada 14 Oktober 2026. (Gambar fail: Bernama)
Transboundary haze: Haze in Malaysia worsens; Pasir Gudang in Johor worst affected
- Haze conditions in Malaysia worsened, with 28 monitoring stations recording unhealthy Air Pollutant Index readings as of 12pm on Wednesday, according to an Astro Awani report based on APIMS data.
- Kuala Terengganu became the latest area to enter the unhealthy category after its Air Pollutant Index rose from 99 to 112 in an hour, while Pasir Gudang recorded the highest reading at 177.
- Other areas such as Klang, Johan Setia, Nilai, Bukit Rambai, Cheras, Pengerang, Larkin and Alor Gajah also recorded high readings in the unhealthy category.
- Sarawak showed slight improvement in Serian and Sri Aman, while Kangar and Langkawi remained the two areas with good air quality.
- Keadaan jerebu di Malaysia semakin buruk apabila 28 stesen pemantauan mencatat IPU tidak sihat setakat 12.00 tengah hari Rabu, menurut laporan Astro Awani berdasarkan data APIMS.
- Kuala Terengganu menjadi kawasan terbaharu tidak sihat selepas IPU naik daripada 99 kepada 112 dalam sejam, manakala Pasir Gudang mencatat bacaan tertinggi iaitu 177.
- Kawasan lain seperti Klang, Johan Setia, Nilai, Bukit Rambai, Cheras, Pengerang, Larkin dan Alor Gajah turut mencatat bacaan tinggi dalam kategori tidak sihat.
- Sarawak menunjukkan sedikit pemulihan di IPD Serian dan Sri Aman, sementara Kangar dan Langkawi kekal sebagai dua kawasan dengan mutu udara baik.
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di Malaysia semakin memburuk, dengan 28 stesen pemantauan mencatat mutu udara tidak sihat setakat pukul 12.00 tengah hari pada Rabu (14 Okt), lapor Astro Awani.
Kawasan terbaharu membabitkan stesen Kuala Terengganu yang merekodkan peningkatan 13 mata dalam tempoh sejam, daripada kategori sederhana dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 99 pada pukul 11.00 pagi kepada kategori tidak sihat dengan bacaan 112.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang di Johor merekodkan bacaan tertinggi pada 177.
Bandar Diraja Klang, Selangor yang sebelum ini berkongsi bacaan tertinggi pada pukul 11.00 pagi pula mencatatkan penurunan satu mata kepada 175, sama dengan bacaan di Johan Setia.
Beberapa kawasan lain turut merekodkan bacaan tinggi termasuk Nilai, Negeri Sembilan (174), Bukit Rambai, Melaka (171) dan Cheras, Kuala Lumpur (170).
Di selatan Semenanjung Malaysia, bacaan turut meningkat di beberapa kawasan termasuk Pengerang (168) dan Larkin (165) di Johor serta Alor Gajah (158) di Melaka.
Di Sarawak, keadaan menunjukkan sedikit pemulihan. Bacaan di IPD Serian dan Sri Aman masing-masing turun empat mata kepada 143 dan 137 dalam tempoh sejam.
Secara keseluruhannya, 28 stesen pemantauan mencatat bacaan mutu udara tidak sihat (101 hingga 200), manakala 38 stesen lagi merekodkan bacaan sederhana (51 hingga 100).
Kangar, Perlis (49) dan Langkawi, Kedah (41) kekal sebagai dua kawasan di Malaysia yang mencatatkan mutu udara baik.

Sumber : Agensi berita/AZ/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.