Skip to main content

Dunia

JEREBU RENTAS SEMPADAN: Indonesia uji kaedah ais kering untuk tangani jerebu

Indonesia akan menguji penggunaan ais kering, atau karbon dioksida dalam bentuk pepejal, pada Khamis (15 Okt) untuk mengurangkan jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah yang menyelubungi beberapa kawasan di Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
JEREBU RENTAS SEMPADAN: Indonesia uji kaedah ais kering untuk tangani jerebu

Menteri Koordinator Bidang Politik dan Keamanan Indonesia, Dudung Abdurachman, memeriksa ais kering yang akan digunakan untuk menangani kebakaran hutan dan tanah di Palembang, Sumatra Selatan, pada 14 Oktober 2026. (Gambar: Kementerian Penyelaras Ehwal Politik dan Keselamatan Indonesia)

Diterbitkan : 15 Oct 2026 04:53PM
Cross-border haze: Indonesia to test dry ice method to tackle haze
  • Indonesia will test the dispersal of 1.5 tonnes of dry ice on Oct 15 in the airspace over South Sumatra city to disperse haze caused by forest and peatland fires.
  • The Coordinating Ministry for Political and Security Affairs said the first-of-its-kind method aims to improve air quality and visibility, on the instructions of President Prabowo Subianto.
  • Dudung Abdurachman explained that the dry ice disperses smoke at lower levels, while weather modification operations are continuing at the same time to produce artificial rain to put out the fires.
  • The haze has also affected Malaysia and Timor-Leste, leading to school closures in several areas, and if successful, the method could be expanded to Central Kalimantan.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Indonesia akan menguji penggunaan ais kering, atau karbon dioksida dalam bentuk pepejal, pada Khamis (15 Okt) untuk mengurangkan jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah yang menyelubungi beberapa kawasan di Asia Tenggara.

Kementerian Koordinator Bidang Politik dan Keamanan Indonesia menyatakan pada Rabu (14 Okt) bahawa pesawat akan menabur 1.5 tan ais kering di ruang udara kawasan bandar di Sumatra Selatan.

Ia merupakan percubaan pertama Indonesia menggunakan kaedah tersebut untuk menangani pencemaran asap.

Menurut kementerian itu, operasi tersebut bertujuan meningkatkan mutu udara dan jarak penglihatan di kawasan yang terjejas akibat jerebu.

Menteri Koordinator Bidang Politik dan Keamanan Indonesia, Dudung Abdurachman, menjelaskan bahawa ais kering akan digunakan untuk menyuraikan asap yang terperangkap di lapisan atmosfera rendah.

"Fungsi ais kering adalah untuk menyuraikan asap yang sebelum ini terperangkap di lapisan bawah supaya ia dapat naik."

"Dengan cara ini, asap tidak lagi berkumpul di kawasan bandar dan sekitarnya," katanya selepas meninjau persiapan di Pangkalan Tentera Udara Sri Mulyono Herlambang di Palembang.

Berbeza daripada operasi pengubahsuaian cuaca (OMC) Indonesia, yang bertujuan menghasilkan hujan bagi membantu memadamkan kebakaran, penggunaan ais kering itu bertujuan mengurangkan kepekatan jerebu.

Menurut kementerian tersebut, kedua-dua kaedah akan dilaksanakan secara serentak sebagai sebahagian daripada usaha menangani kebakaran hutan dan tanah di Sumatra Selatan.

"Penggunaan ais kering khusus untuk menyuraikan asap, manakala operasi pengubahsuaian cuaca diteruskan bagi menghasilkan hujan buatan untuk memadamkan kebakaran.

"Jadi, kami sedang berusaha menangani masalah ini melalui pelbagai pendekatan," kata Encik Dudung.

JEREBU JEJAS BEBERAPA NEGARA ASIA TENGGARA

Jerebu tebal akibat kebakaran hutan dan tanah yang dikaitkan dengan kegiatan pembakaran haram untuk membuka kawasan pertanian menyelubungi beberapa negara Asia Tenggara.

Keadaan jerebu yang semakin memburuk menyebabkan sekolah ditutup di beberapa kawasan Malaysia dan Timor-Leste.

Sumatra Selatan menjadi wilayah pertama di Indonesia yang dipilih untuk menguji kaedah penggunaan ais kering itu.

Menurut Encik Dudung, operasi tersebut dijalankan atas arahan langsung Presiden Prabowo Subianto bagi mempercepatkan usaha mengurangkan kesan kebakaran hutan dan tanah.

Keberkesanan kaedah itu akan dinilai bagi menentukan sama ada ia boleh digunakan di kawasan lain yang turut terjejas.

"Jika percubaan ini berjaya, kami akan meneruskannya di kawasan lain yang mengalami jerebu tebal, seperti Kalimantan Tengah dan kawasan sekitarnya," kata Encik Dudung.

Pihak berkuasa berharap operasi itu dapat meningkatkan jarak penglihatan di kawasan yang terjejas akibat asap daripada kira-kira satu kilometer kepada lima kilometer atau lebih.

Bekalan ais kering akan diperolehi dari wilayah Lampung yang berhampiran serta pembekal tempatan.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita