Skip to main content

Dunia

JEREBU RENTAS SEMPADAN: Firefly batalkan penerbangan Subang-SG hingga 14 Okt

Anggaran Waktu Membaca:
JEREBU RENTAS SEMPADAN: Firefly batalkan penerbangan Subang-SG hingga 14 Okt

Pesawat Firefly. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 13 Oct 2026 07:08AM Dikemas Kini : 13 Oct 2026 07:11AM
Transboundary haze: Firefly cancels Subang-Singapore flights until Oct 14
  • Firefly has extended the cancellation of its Subang-Seletar flights until Oct 14 due to current weather conditions and haze, after an earlier cancellation from Oct 10 to 12.
  • The cancellation affects six daily services, including flights FY3122 to FY3133, as a precautionary measure for passenger safety.
  • Affected passengers were contacted and rearranged onto Malaysia Airlines flights on the Kuala Lumpur-Singapore route, subject to seat availability.
  • Those who reject the new arrangement are eligible for a full refund within 30 working days, while Singapore's PSI has remained at unhealthy levels of between 118 and 155.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Firefly melanjutkan pembatalan penerbangan berjadual antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang Seletar di Singapura hingga 14 Oktober ekoran cuaca dan keadaan jerebu semasa.

Syarikat penerbangan tambang jimat itu, yang merupakan anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines, sebelum ini membatalkan semua penerbangan antara Subang dan Seletar dari 10 hingga 12 Oktober sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan.

Dalam satu nasihat perjalanan, syarikat penerbangan itu memaklumkan bahawa pembatalan itu melibatkan enam perkhidmatan harian iaitu FY3122 dan FY3123, FY3124 dan FY3125, FY3126 dan FY3127, FY3128 dan FY3129, FY3130 dan FY3131, serta FY3132 dan FY3133.

"Penumpang yang terjejas sedang dihubungi dan diaturkan semula ke perkhidmatan Malaysia Airlines yang sedia ada menerusi laluan Kuala Lumpur-Singapura, tertakluk kepada kekosongan tempat duduk.

Penumpang yang memilih untuk tidak meneruskan penerbangan yang diaturkan semula itu layak mendapat pemulangan wang penuh, yang akan dikreditkan kembali ke kaedah pembayaran asal dalam tempoh 30 hari bekerja," menurut kenyataan itu pada Isnin (12 Okt).

Sementara itu, mutu udara di Singapura kekal pada tahap tidak sihat pada Isnin, dengan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam mencatatkan julat antara 118 hingga 155 setakat pukul 7.00 malam, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Bacaan PSI berada pada 155 di bahagian tengah dan barat, 139 di timur, 122 di selatan dan 118 di utara.
 

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita