Skip to main content

Dunia

JEREBU RENTAS SEMPADAN: 34 stesen catat IPU tidak sihat setakat 7.00 pagi

Anggaran Waktu Membaca:
JEREBU RENTAS SEMPADAN: 34 stesen catat IPU tidak sihat setakat 7.00 pagi

Pemandangan di sekitar bandar raya Shah Alam terjejas akibat diselubungi jerebu. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 15 Oct 2026 10:11AM Dikemas Kini : 15 Oct 2026 11:30AM
Transboundary haze: 34 stations record unhealthy Air Pollutant Index readings as at 7am
  • A total of 34 air quality monitoring stations recorded unhealthy Air Pollutant Index readings as at 7am on Thursday, Oct 15, based on APIMS data.
  • Klang and Johan Setia in Selangor recorded the highest reading of 192, followed by several areas in Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur and Putrajaya.
  • Another 34 stations were at a moderate level, with Paka in Terengganu recording the highest reading in that category at 99.
  • APIMS classifies Air Pollutant Index readings of 101 to 200 as unhealthy, and the public, especially those in at-risk groups, are advised to reduce outdoor activities if the haze persists.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Sebanyak 34 stesen pengawasan mutu udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 7.00 pagi Khamis (15 Okt), dengan kawasan Klang dan Johan Setia di Selangor mencatat bacaan tertinggi iaitu 192.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Larkin, Johor (187); Bukit Rambai, Melaka (186); Nilai, Negeri Sembilan (185); dan Seremban, Negeri Sembilan (182), lapor Astro Awani.

Di Selangor, selain Klang dan Johan Setia, kawasan Shah Alam (181), Banting (171), Petaling Jaya (170) dan Kuala Selangor (161) turut mencatat bacaan tidak sihat.

Beberapa kawasan di Johor turut terjejas termasuk Pasir Gudang (181), Batu Pahat (180), Tangkak (175), Pengerang (173), Kluang (164), Kota Tinggi (163) dan Segamat (161).

Di Melaka, bacaan tidak sihat direkodkan di Alor Gajah dan Bandaraya Melaka, masing-masing pada paras 178.

Putrajaya mencatat bacaan 176, manakala dua stesen di Kuala Lumpur iaitu Cheras dan Batu Muda masing-masing merekodkan bacaan 174 dan 163.

Negeri Sembilan turut merekodkan bacaan tidak sihat di Port Dickson (175), sementara beberapa kawasan lain yang mencatat bacaan serupa termasuk Tanjung Malim dan Seri Manjung di Perak, Temerloh, Jerantut, Indera Mahkota Kuantan serta Rompin di Pahang, Samarahan dan Serian di Sarawak, Kemaman di Terengganu serta Minden dan Seberang Perai di Pulau Pinang.

Sementara itu, 34 stesen lain merekodkan bacaan sederhana, dengan Paka, Terengganu mencatat bacaan tertinggi dalam kategori itu iaitu 99.

Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Orang ramai, terutama golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan jerebu berterusan.
Sumber : Agensi berita/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita