Skip to main content

Dunia

JEREBU RENTAS SEMPADAN: 24 kawasan di Malaysia catat mutu udara tidak sihat, Pasir Gudang tertinggi 198

24 kawasan di seluruh Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada paras tidak sihat setakat 7.00 pagi Sabtu (17 Okt), dengan Pasir Gudang di Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 198.

Anggaran Waktu Membaca:
JEREBU RENTAS SEMPADAN: 24 kawasan di Malaysia catat mutu udara tidak sihat, Pasir Gudang tertinggi 198

Keadaan berjerebu di Johor Bahru dalam gambar fail yang dirakam pada September 2026. Johor mencatatkan paling banyak kawasan dengan mutu udara tidak sihat pada pagi 17 Oktober 2026. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 Oct 2026 09:24AM Dikemas Kini : 17 Oct 2026 09:25AM
Cross-border haze: 24 areas in Malaysia record unhealthy air quality, with Pasir Gudang highest at 198
  • As at 7am on Saturday, 17 October, APIMS reported unhealthy air quality in 24 areas in Malaysia, with Pasir Gudang, Johor, recording the highest Air Pollutant Index (API) reading at 198.
  • Johor had the most affected areas, while locations in Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, the Federal Territories and Sabah also recorded unhealthy readings.
  • Another 43 areas recorded moderate levels, while Kapit in Sarawak was the only place with good air quality; APIMS classifies air quality according to API reading ranges.
  • As the haze continues, the public — especially children, senior citizens and people with respiratory problems — are advised to reduce outdoor activities and take precautions for their health.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: 24 kawasan di seluruh Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada paras tidak sihat setakat 7.00 pagi Sabtu (17 Okt), dengan Pasir Gudang di Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 198.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johor mencatatkan paling banyak kawasan dengan mutu udara tidak sihat, melibatkan sembilan stesen pemantauan yang merekodkan bacaan IPU melebihi 150.

Selain Pasir Gudang, kawasan lain di Johor yang mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Larkin (179), Pengerang (175), Kota Tinggi (173), Batu Pahat (168), Tangkak (165), Segamat (159) dan Kluang (158).

MUTU UDARA TIDAK SIHAT DI BEBERAPA NEGERI LAIN

Di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan bacaan IPU 174, diikuti Seremban (170) dan Port Dickson (159).

Di Selangor pula, bacaan tidak sihat direkodkan di Johan Setia (173), Klang (172), Petaling Jaya dan Shah Alam (masing-masing 167), serta Banting (151).

Tiga kawasan di Melaka turut mencatatkan mutu udara tidak sihat, iaitu Bandaraya Melaka (170), Bukit Rambai (166) dan Alor Gajah (165).

Di Wilayah Persekutuan, Putrajaya merekodkan bacaan IPU 161, manakala Cheras dan Batu Muda di Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan bacaan 160 dan 158.

Di Sabah, Sandakan mencatatkan bacaan IPU 154, manakala Tawau menghampiri paras tidak sihat dengan bacaan 149.

Sementara itu, 43 kawasan lain mencatatkan mutu udara pada paras sederhana, dengan bacaan antara 52 hingga 93.

Antaranya ialah Tanjung Malim (93), Kuala Selangor (88), Seri Manjung (87), Temerloh dan Kuantan (masing-masing 83), serta Kota Bharu (69).

Kapit di Sarawak merupakan satu-satunya kawasan yang mencatatkan mutu udara pada paras baik, dengan bacaan IPU 46.

ORANG RAMAI DINASIHAT KURANGKAN KEGIATAN LUAR

Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sebagai sederhana, 101 hingga 200 sebagai tidak sihat, 201 hingga 300 sebagai sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dianggap berbahaya.

Orang ramai, khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mengalami masalah pernafasan, dinasihatkan supaya mengurangkan kegiatan luar serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan sepanjang keadaan jerebu berterusan.
Sumber : Agensi berita/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita