Jerebu Malaysia: 8 kawasan di Johor catat IPU tidak sihat, Kota Tinggi tertinggi dengan bacaan 170
Sebanyak 20 kawasan di seluruh Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 7.00 pagi pada Isnin (12 Okt), dengan Kota Tinggi, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 170, lapor Astro Awani.
Putrajaya dan Cheras di Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan bacaan IPU 110 dan 108, turut berada dalam kategori tidak sihat. (Gambar: fail/Bernama)
- A total of 20 areas across Malaysia recorded unhealthy API readings as of 7am on Monday, with Kota Tinggi, Johor posting the highest reading at 170.
- Johor was the worst affected, with eight areas at unhealthy levels, while Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Melaka, Selangor, Putrajaya and Kuala Lumpur also recorded similar readings.
- Astro Awani reported that 44 areas were at moderate levels, including Port Dickson, Alor Gajah, Bandaraya Melaka, Tawau, Miri and Banting.
- APIMS data showed that only Kangar, Balik Pulau and Langkawi recorded good air quality, based on the API category of 0 to 50.
- Sebanyak 20 kawasan di seluruh Malaysia mencatat IPU tidak sihat setakat 7.00 pagi Isnin, dengan Kota Tinggi, Johor merekodkan bacaan tertinggi 170.
- Johor paling banyak terjejas dengan lapan kawasan tidak sihat, manakala Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Melaka, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur turut mencatat bacaan serupa.
- Astro Awani melaporkan 44 kawasan berada pada tahap sederhana, termasuk Port Dickson, Alor Gajah, Bandaraya Melaka, Tawau, Miri dan Banting.
- Data APIMS menunjukkan hanya Kangar, Balik Pulau dan Langkawi mencatat udara baik, berdasarkan kategori IPU 0 hingga 50.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johor merekodkan lapan kawasan dalam kategori tidak sihat, termasuk Pasir Gudang (168), Pengerang (164), Larkin (162), Tangkak (156), Batu Pahat (152), Kluang (152) dan Segamat (136).
Negeri Sembilan turut mencatatkan dua kawasan dengan IPU tidak sihat iaitu Seremban (162) dan Nilai (160).
Di Pantai Timur, Balok Baru, Kuantan mencatatkan bacaan 161, diikuti Rompin (157) dan Indera Mahkota, Kuantan (145) di Pahang. Terengganu pula merekodkan bacaan tidak sihat di Kemaman (158), Paka (156) dan Kuala Terengganu (156).
Selain itu, Bukit Rambai di Melaka mencatatkan IPU 152, manakala Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan 134, lapor Astro Awani.
Putrajaya dan Cheras di Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan bacaan IPU 110 dan 108, turut berada dalam kategori tidak sihat.
Sementara itu, menurut Astro Awani, 44 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana, termasuk Port Dickson (99), Alor Gajah (98), Bandaraya Melaka (97), Tawau (94), Miri (92) dan Banting (83).
Hanya tiga kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap baik iaitu Kangar, Perlis (43), Balik Pulau, Pulau Pinang (41) dan Langkawi, Kedah (28).
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 dianggap sederhana dan bacaan 0 hingga 50 berada pada tahap baik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.