Jerebu Malaysia: 4 kawasan masih catat mutu udara tidak sihat
KUALA LUMPUR: Mutu udara di empat kawasan di Johor dan Sarawak kekal pada paras tidak sihat setakat 3.00 petang Sabtu (3 Okt), dengan Pasir Gudang mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi di Malaysia.
Larkin di Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di Sarawak masing-masing mencatat bacaan IPU 152 setakat 3.00 petang Sabtu (3 Okt). (Gambar fail: Bernama)
- As at 3pm on Saturday, four areas in Johor and Sarawak recorded unhealthy air quality, with Pasir Gudang the highest at an IPU reading of 156.
- Larkin and IPD Serian remained at 152, while Sri Aman slipped slightly to 149 after recording the highest reading at 7am.
- APIMS reported that 60 stations were at moderate levels, including Samarahan at 98, Kuching at 96, Batu Pahat at 90, Bintulu at 89, Pengerang at 88, Sarikei at 85 and Kluang at 84.
- Taiping, Langkawi and Kangar recorded good air quality, while the IPU scale classifies readings of 101 to 200 as unhealthy and above 300 as hazardous.
- Setakat 3.00 petang Sabtu, empat kawasan di Johor dan Sarawak mencatat udara tidak sihat, dengan Pasir Gudang tertinggi pada IPU 156.
- Larkin dan IPD Serian kekal pada 152, manakala Sri Aman turun sedikit kepada 149 selepas menjadi tertinggi pada 7.00 pagi.
- APIMS melaporkan 60 stesen berada pada paras sederhana, termasuk Samarahan 98, Kuching 96, Batu Pahat 90, Bintulu 89, Pengerang 88, Sarikei 85 dan Kluang 84.
- Taiping, Langkawi dan Kangar mencatat udara baik, sementara skala IPU menetapkan 101 hingga 200 sebagai tidak sihat dan melebihi 300 sebagai berbahaya.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Pasir Gudang meningkat kepada 156, berbanding 155 sejam sebelumnya.
Larkin di Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di Sarawak pula masing-masing kekal pada bacaan 152.
Sri Aman di Sarawak mencatatkan sedikit penurunan kepada 149, berbanding 151 sejam sebelumnya.
Pada 7.00 pagi tadi, Sri Aman mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada 151, diikuti Pasir Gudang (135), IPD Serian (120) dan Larkin (106).
60 KAWASAN CATAT MUTU UDARA SEDERHANA
Sebanyak 60 stesen pemantauan pula mencatat mutu udara pada paras sederhana.
Samarahan di Sarawak mencatat bacaan tertinggi dalam kategori itu pada 98, diikuti Kuching (96) dan Batu Pahat di Johor (90).
Bintulu mencatat bacaan 89, Pengerang (88), Sarikei (85) dan Kluang (84).
Tiga kawasan mencatat mutu udara pada paras baik, iaitu Taiping di Perak dengan bacaan 50, Langkawi di Kedah (44) dan Kangar di Perlis (35).
Mengikut skala IPU Malaysia, bacaan antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana dan 101 hingga 200 tidak sihat.
Bacaan antara 201 hingga 300 pula dikategorikan sebagai sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dianggap berbahaya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.