Jerebu Malaysia: 4 kawasan catat mutu udara tidak sihat, termasuk Pasir Gudang dan Larkin
Sebanyak empat kawasan di seluruh Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 7.00 pagi pada Sabtu (3 Okt), dengan dua daripadanya berada di Sarawak dan dua lagi di Johor, lapor Astro Awani.
Sri Aman, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 151, diikuti Pasir Gudang, Johor (135), IPD Serian, Sarawak (120) dan Larkin, Johor (106). (Gambar fail: Bernama)
- Four areas recorded unhealthy API readings as at 7am on Saturday, Oct 3, with Sri Aman highest at 151, followed by Pasir Gudang, IPD Serian and Larkin.
- APIMS showed that readings of 101 to 200 are considered unhealthy and may affect sensitive groups as well as the general public if exposure is prolonged.
- A total of 61 stations recorded moderate API readings, including Bintulu, Samarahan, Kuching, Cheras, Tawau, Batu Muda, Batu Pahat and Pengerang.
- Only Taiping in Perak and Temerloh in Pahang were at the good level, while readings of 51 to 100 are categorised as moderate.
- Empat kawasan mencatat IPU tidak sihat setakat 7.00 pagi Sabtu, 3 Oktober, dengan Sri Aman tertinggi pada 151, diikuti Pasir Gudang, IPD Serian dan Larkin.
- APIMS menunjukkan bacaan 101 hingga 200 dianggap tidak sihat dan boleh menjejaskan golongan sensitif serta orang ramai jika terdedah terlalu lama.
- Sebanyak 61 stesen merekodkan IPU sederhana, termasuk Bintulu, Samarahan, Kuching, Cheras, Tawau, Batu Muda, Batu Pahat dan Pengerang.
- Hanya Taiping di Perak dan Temerloh di Pahang berada pada tahap baik, manakala bacaan 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Sri Aman, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 151, diikuti Pasir Gudang, Johor (135), IPD Serian, Sarawak (120) dan Larkin, Johor (106).
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat dan boleh memberi kesan kepada golongan sensitif serta orang ramai sekiranya terdedah dalam tempoh yang lama.
Sementara itu, sebanyak 61 stesen pemantauan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.
Menurut laporan Astro Awani, antara kawasan yang mencatatkan bacaan sederhana tertinggi ialah Bintulu dan Samarahan di Sarawak, masing-masing dengan bacaan 91, diikuti Kuching (89), Cheras, Kuala Lumpur (87), Tawau, Sabah (83), serta Batu Muda, Kuala Lumpur, Batu Pahat dan Pengerang di Johor yang masing-masing mencatatkan bacaan 81.
Beberapa kawasan lain yang turut merekodkan bacaan sederhana termasuk Kapit (80), Nilai (79), Sibu (79), Sarikei (78), Putrajaya (75) dan Kluang (75).
Di Lembah Klang, bacaan IPU sederhana direkodkan di Shah Alam, Johan Setia dan Kota Tinggi yang masing-masing mencatatkan bacaan 72, diikuti Klang dan Banting (66), Petaling Jaya (64) serta Kuala Selangor (59).
Bagaimanapun, hanya dua kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap baik iaitu Taiping, Perak dengan bacaan 48 dan Temerloh, Pahang dengan bacaan 42, lapor Astro Awani.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.