Skip to main content

Dunia

Jerebu Malaysia: 38 kawasan catatkan paras tidak sihat dengan Segamat yang tertinggi 188

Mutu udara di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia terus berada pada paras tidak sihat pada Khamis (8 Okt), dengan Segamat di Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi negara, iaitu 188 setakat 11.00 pagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Jerebu Malaysia: 38 kawasan catatkan paras tidak sihat dengan Segamat yang tertinggi 188

Keadaan berjerebu di Malaysia. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 08 Oct 2026 01:30PM
Malaysia haze: 38 areas record unhealthy levels, with Segamat highest at 188
  • Air quality in several areas of Peninsular Malaysia remained unhealthy on Thursday (Oct 8), with Segamat recording the country’s highest Air Pollutant Index reading of 188 as at 11am.
  • APIMS data showed 38 stations were at unhealthy levels, including key areas in Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya and Pahang.
  • Johor and Negeri Sembilan were among the worst affected, while areas in the northern part of Peninsular Malaysia, Sabah, Sarawak and Labuan still recorded moderate air quality.
  • People in the affected areas were advised to reduce outdoor activities and follow the health advice of the authorities, as readings of 101 to 200 are categorised as unhealthy.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Mutu udara di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia terus berada pada paras tidak sihat pada Khamis (8 Okt), dengan Segamat di Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi negara, iaitu 188 setakat 11.00 pagi.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), 38 stesen pemantauan mencatatkan bacaan IPU pada paras tidak sihat.

Johor dan Negeri Sembilan kekal antara negeri yang paling teruk terjejas.

Di Johor, Kluang mencatatkan bacaan IPU 180, Pasir Gudang (179) dan Tangkak (173).

Di Negeri Sembilan, Nilai dan Seremban masing-masing mencatatkan bacaan 183, manakala Port Dickson merekodkan bacaan 170.

Di Selangor, Johan Setia mencatatkan bacaan tertinggi negeri itu pada 178, diikuti Shah Alam (170).

Cheras dan Putrajaya masing-masing mencatatkan bacaan 173, manakala Batu Muda merekodkan 169.

Di Pahang, Rompin mencatatkan bacaan 176, sementara Balok Baru di Kuantan merekodkan 167.

Sementara itu, mutu udara di beberapa kawasan utara Semenanjung Malaysia kekal pada paras sederhana.

Alor Setar mencatatkan bacaan IPU 93, Kangar (90) dan Kulim Hi-Tech (99).

Mutu udara di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada paras sederhana, dengan Kimanis di Sabah mencatatkan bacaan terendah negara, iaitu 55.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 201 hingga 300 berada pada paras sangat tidak sihat.

Orang ramai di kawasan terjejas dinasihatkan supaya mengurangkan kegiatan luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Sumber : Agensi berita/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita