Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jerebu diramal landa utara Semenanjung M'sia sehingga 29 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
Jerebu diramal landa utara Semenanjung M'sia sehingga 29 Jan

Gambar Hiasan: Jerebu di bandar Malaysia (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 27 Jan 2022 09:49PM Dikemas Kini : 27 Jan 2022 09:50PM

KUALA LUMPUR : Situasi kebakaran hutan di Kemboja dijangka menyebabkan jerebu di utara Semenanjung Malaysia, lapor Astro AWANI.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, berdasarkan Output Model Hysplit, keadaan berjerebu itu akan kekal sehingga Sabtu ini (29 Jan).

Permodelan terkini itu menunjukkan ramalan trajektori jerebu bagi tempoh 72 jam bermula 12 malam 26 Januari sehingga 12 malam 29 Januari, seperti dinukil Astro AWANI.

Output Model Hysplit yang dijana hanya mengambil kira lokasi-lokasi titik panas yang dijangka akan memberi kesan kepada kualiti udara di Malaysia.

Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan, terdapat enam titik panas bagi kategori High Confidence Level di Semenanjung Malaysia berdasarkan imej satelit NOAA-20 pada 26 Januari 2022 yang direkodkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC), lapor Astro AWANI.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan