Skip to main content

Dunia

Jerebu di Malaysia: Segamat, Batu Pahat catat IPU tertinggi

Situasi jerebu di seluruh Malaysia terus merosot dengan sembilan kawasan merekodkan mutu udara tidak sihat pada pukul 1.00 tengah hari pada Ahad (4 Okt), berbanding lapan kawasan pada tengah hari, lapor Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Jerebu di Malaysia: Segamat, Batu Pahat catat IPU tertinggi

Situasi jerebu di seluruh Malaysia terus merosot pada pukul 1.00 tengah hari pada 4 Oktober 2026. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 04 Oct 2026 02:21PM
Haze in Malaysia: Segamat, Batu Pahat record highest API readings
  • The haze situation in Malaysia worsened on Sunday, Oct 4, with nine areas recording unhealthy API readings as of 1pm.
  • Department of Environment data showed Batu Muda, Kuala Lumpur joining the unhealthy category, while Segamat and Batu Pahat recorded the country’s highest reading of 156.
  • Nilai, Seremban, Samarahan and Larkin remained a cause for concern, while 56 areas were at moderate levels, including several locations that were close to entering the unhealthy range.
  • Only Langkawi, Kangar and Sandakan recorded good air quality, with Astro Awani’s report explaining the API categories from good to hazardous.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di seluruh Malaysia terus merosot dengan sembilan kawasan merekodkan mutu udara tidak sihat pada pukul 1.00 tengah hari pada Ahad (4 Okt), berbanding lapan kawasan pada tengah hari, lapor Astro Awani.

Perkembangan terbaharu itu menyaksikan Batu Muda di Kuala Lumpur memasuki kategori tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 102.

Menurut data terkini Jabatan Alam Sekitar (JAS), Segamat dan Batu Pahat di Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi negara iaitu 156, diikuti Kluang (153) dan Tangkak (152).

Trend peningkatan turut dikesan di Negeri Sembilan apabila Nilai mencatat bacaan IPU 149, manakala Seremban meningkat kepada 137.

Sementara itu, Samarahan, Sarawak (148), dan Larkin, Johor (119), merekodkan sedikit penurunan berbanding sebelah pagi, namun kekal dalam kategori tidak sihat, lapor Astro Awani.

Sebanyak 56 kawasan pula mencatatkan kualiti udara sederhana.

Antara kawasan yang menghampiri kategori tidak sihat ialah Sri Aman, Sarawak (98), Pasir Gudang, Johor (95), IPD Serian, Sarawak (95), dan Bukit Rambai, Melaka (94).

Dalam kategori baik, hanya tiga stesen merekodkan bacaan IPU di bawah 50, didahului Langkawi, Kedah dengan bacaan 32, diikuti Kangar, Perlis (34) dan Sandakan, Sabah (42).

Menurut laporan Astro Awani, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita