Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun usul perluas sekatan darurat COVID-19 di tengah lonjakan kes: Menteri

Enam wilayah termasuk bandar tuan rumah Olimpik, Tokyo, sudahpun diletakkan di bawah langkah darurat penuh sehingga 31 Ogos, manakala lagi lima di bawah arahan "separa darurat" yang kurang ketat.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun usul perluas sekatan darurat COVID-19 di tengah lonjakan kes: Menteri

Orang ramai di Tokyo, Jepun pada 30 Jun 2021 di tengah-tengah pandemik COVID-19 (Gambar: AP/Koji Sasahara)

Diterbitkan : 05 Aug 2021 03:52PM Dikemas Kini : 05 Aug 2021 03:53PM

TOKYO: Jepun pada Khamis (5 Ogos) mengusulkan supaya sekatan darurat diperluaskan ke lapan wilayah lain bagi melawan lonjakan kes COVID-19, kata seorang menteri kabinet.

Kebimbangan terus memuncak berhubung bebanan ke atas sistem perubatan negara di tuan rumah Olimpik, Tokyo, serta tempat-tempat lain.

Para pegawai telah memberi amaran bahawa jangkitan koronavirus sedang melonjak pada rentak yang belum pernah terjadi sebelum ini, ketika kes-kes baru mencecah rekod tertinggi di Tokyo. Keadaan itu membayangi temasya Olimpik dan menambahkan keraguan terhadap keupayaan kerajaan menangani penularan tersebut.

Menteri Ekonomi Yasutoshi Nishimura, yang memimpin pasukan tindak balas Jepun terhadap pandemik COVID-19, membuat usulan tersebut dalam satu mesyuarat dengan para pakar yang dijangka akan menyokongnya.

Enam wilayah termasuk bandar tuan rumah Olimpik, Tokyo, sudahpun diletakkan di bawah langkah darurat penuh sehingga 31 Ogos, manakala lagi lima di bawah arahan "separa darurat" yang kurang ketat.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan