Jepun umum sekatan terhadap Rusia
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida. (Gambar fail: AP)
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Rabu (23 Feb) mengumumkan beberapa sekatan terhadap Rusia sebagai tindak balas negara itu mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah di timur Ukraine, lapor Jiji Press.
Jepun akan menggantung pengeluaran visa terhadap rakyat Donetsk dan Luhansk, membekukan aset mereka, melarang perdagangan membabitkan dua wilayah itu serta pengeluaran dan perdagangan bon Rusia, kata Kishida kepada pemberita.
Beliau mengumumkan sekatan berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan, termasuk Ketua Setiausaha Hirokazu Matsuno dan setiausaha agung Keselamatan Negara, Takeo Akiba.
"Kami gesa Rusia kembali kepada proses diplomatik bagi menamatkan konflik," kata Kishida.
Sementara itu, pengkritik menyifatkan sekatan Jepun terhad kepada dua wilayah berkenaan sahaja, tidak termasuk pegawai kanan Rusia.
Di samping itu, nilai bon Rusia di Jepun juga agak kecil.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.