Jepun umum garis panduan jelang pembukaan semula sempadan

Gambar: AP/Eugene Hoshiko
TOKYO: Pelancong yang dibenarkan ke Jepun mungkin dihantar pulang jika gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan seperti tidak memakai pelitup atau tidak membersihkan tangan.
Syarikat-syarikat pelancongan juga perlu menjelaskan garis panduan tersebut dan menempah pakej pelancongan di Jepun bagi mereka yang bersetuju untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa Jepun.
Garis panduan tersebut diumumkan kerajaan Jepun pada Isnin (6 Jun), menjelang kebenaran melancong semula ke Jepun secara terhad, mulai Jumaat ini.
Pelancongan terhad itu dibuka kepada pelancong dari 98 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, Britain, China dan Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.