Jepun timbang perkenalkan pasport vaksin
Jepun sedang menimbangkan kemungkinan memperkenalkan "pasport vaksin" bagi para pelawat antarabangsa yang sudahpun mendapat suntikan vaksin COVID-19.

Gambar fail penduduk Jepun memakai pelitup. (Gambar: REUTERS/Kim Kyung-Hoon)
TOKYO: Jepun sedang menimbangkan kemungkinan memperkenalkan "pasport vaksin" bagi para pelawat antarabangsa yang sudahpun mendapat suntikan vaksin COVID-19.
Pasport itu dijangka dalam bentuk aplikasi telefon bimbit. Para pelawat perlu mengimbas kod QR sebelum menaiki pesawat atau masuk ke Jepun.
Negara matahari terbit itu masih bertungkus lumus untuk membendung kenaikan besar kes baru COVID-19.
Sejak kelmarin, ia telah mengisytiharkan keadaan darurat buat kali ketiga di beberapa daerah termasuk ibu kota Tokyo dan bandar Osaka.
Para pengkritik membidas kerajaan kerana skim vaksinasi di negara itu terlalu lambat.
Kurang dua peratus daripada penduduk Jepun sudah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.