Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun tawar Indonesia pinjaman AS$473 juta atasi COVID-19

Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Selasa (20 Okt) berkata akan memberi pinjaman 50 bilion Yen Jepun (S$643 juta) kepada Indonesia, dengan mengenakan kadar faedah yang rendah, dalam usaha membantu Jakarta membendung COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun tawar Indonesia pinjaman AS$473 juta atasi COVID-19

Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga (kiri) bersama Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar: Istana Presiden Indonesia menerusi AP)

Diterbitkan : 21 Oct 2020 10:29AM Dikemas Kini : 21 Oct 2020 10:30AM

JAKARTA: Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Selasa (20 Okt) berkata akan memberi pinjaman 50 bilion Yen Jepun (S$643 juta) kepada Indonesia, dengan mengenakan kadar faedah yang rendah, dalam usaha membantu Jakarta membendung COVID-19.

Tawaran itu dibuat kepada Presiden Indonesia Joko Widodo semasa perbincangan yang diadakan di Jakarta, lapor Agensi Berita Vietnam, memetik Kyodo News. 

Encik Suga, yang dalam rangka lawatan ke Asia Tenggara itu, juga bersetuju untuk memulakan rundingan mengenai membuka semula perjalanan perniagaan antara kedua-dua negara tersebut.

Beliau tiba di Jakarta selepas mengadakan lawatan ke Hanoi.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan