Skip to main content

Dunia

Jepun tawar bantuan padam kebakaran hutan, PSI Kalimantan lepasi 1,000

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun tawar bantuan padam kebakaran hutan, PSI Kalimantan lepasi 1,000

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Aug 2026 10:29PM Dikemas Kini : 29 Aug 2026 10:30PM
  • Jepun menawarkan bantuan tiga helikopter, termasuk Chinook, kepada Indonesia untuk operasi pemadaman kebakaran hutan di Kalimantan bermula 10 September.
  • BNPB melaporkan peningkatan titik panas dan bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi 1,000 di beberapa kawasan, menandakan tahap berbahaya.
  • Operasi pembenihan awan berjaya menghasilkan hujan di beberapa kawasan Sumatra, tetapi tidak dapat dijalankan di Kalimantan Tengah dan Selatan kerana tiada awan sesuai.
  • BNPB kini menggunakan 52 pesawat untuk operasi pemadaman dan telah menggugurkan kira-kira 3.5 juta liter air di enam wilayah utama.
Dijana oleh AI
JAKARTA: Jepun menawarkan bantuan kepada Indonesia bagi operasi pemadaman menggunakan kaedah siraman air dari udara (water-bombing) untuk menangani kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan ketika bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) di wilayah itu melonjak melepasi paras 1,000.

Pemangku Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Berton Panjaitan berkata bantuan itu membabitkan tiga helikopter termasuk sebuah Chinook, dengan operasi dijadual bermula pada 10 Sep ini.

"Persiapan sedang dijalankan termasuk tinjauan lokasi, dengan perbincangan tertumpu kepada aspek operasi misi pemadaman menggunakan kaedah 'water-bombing' di Kalimantan," katanya di sidang media secara online pada Sabtu (29 Ogos).

Data terkini Kementerian Alam Sekitar menunjukkan Jekan Raya di Palangka Raya, Kalimantan Tengah merekodkan bacaan PSI 1,108 setakat 4.55 petang Sabtu, manakala Pontianak Tenggara di Kalimantan Barat mencatatkan bacaan 1,075. Kedua-dua bacaan itu dikategorikan sebagai berbahaya.

BNPB turut melaporkan 9,242 tompok panas dikesan di Kalimantan Barat, Tengah dan Selatan, dengan ketiga-tiga wilayah mencatatkan peningkatan.

Kalimantan Barat mencatatkan peningkatan jumlah titik panas paling ketara, dengan jumlahnya bertambah sebanyak 1,629 kepada 3,371. Kebakaran direkodkan di 171 lokasi di ketiga-tiga wilayah berkenaan.

Walaupun keadaan semakin buruk, Encik Berton berkata operasi pembenihan awan membantu menghasilkan hujan di beberapa kawasan terjejas di Sumatra, termasuk sebahagian Riau, Sumatra Selatan, Jambi dan Lampung.

Bagaimanapun, operasi sama tidak dapat dijalankan di Kalimantan Tengah dan Selatan kerana tiada awan yang sesuai.

BNPB kini mempunyai 52 pesawat bagi menyokong operasi memadam kebakaran, termasuk 38 untuk operasi pemadaman menggunakan kaedah 'water-bombing' dan 14 bagi rondaan udara serta pembenihan awan, dengan kira-kira 3.5 juta liter air telah digugurkan di enam wilayah keutamaan.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita