Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun tarik balik amaran bagi Hokkaido susuli kesilapan sistem amaran kecemasan berhubung peluru berpandu Korea Utara

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun tarik balik amaran bagi Hokkaido susuli kesilapan sistem amaran kecemasan  berhubung peluru berpandu Korea Utara

Gambar fail: KCNA menerusi REUTERS

TOKYO: Kerajaan Jepun menarik balik arahan bagi penduduk di Hokkaido supaya berlindung, selepas sistem amaran kecemasan melakukan jangkaan silap bahawa peluru berpandu yang dilancarkan dari Korea Utara akan mengenai kawasan berhampiran pulau tersebut.

Pegawai tempatan kemudian menyatakan peluru berpandu tersebut tidak akan jatuh berhampiran dengan wilayah utara Jepun.

Dalam amaran yang dikeluarkan, kerajaan Jepun menggesa penduduk Hokkaido supaya menceri perlindungan di dalam sebuah bangunan atau di bawah tanah.

Ia juga memberi amaran peluru berpandu tersebut dijangka jatuh pada kira-kira 8.00 pagi waktu tempatan.

Namun, tidak lama kemudian, bandar Asahikawa di Hokkaido memuat naik satu catatan di Twitter bahawa tidak ada lagi sebarang kebimbangan bahaya.

"Setelah kami mengesahkan maklumat tersebut, tidak ada kemungkinan bahawa peluru berpandu akan jatuh di Hokkaido atau kawasan-kawasan di sekeliling wilayah tersebut," menurut catatan itu menukil rangkaian kecemasan kerajaan.

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengesahkan pada Khamis (13 Apr) bahawa sebuah peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara "tidak jatuh dalam wilayah Jepun," setlepas kerajaan mengeluarkan amaran kepada penduduk Hokkaido.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Yasukazu Hamada memberitahu wartawan bahawa projektil itu "kemungkinannya peluru berpandu balistik kelas -ICBM, dilihat ditembak ke arah timur pada sudut tinggi." Ia juga tidak jatuh dalam perairan ekonomi Jepun.

Pengawal Pantai Jepun memaklumkan projektil itu jatuh ke dalam laut di timur Korea Utara.
Sumber : AGENCIES/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan