Jepun tambah perbelanjaan tentera tangani ancaman China
Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: Jepun perlu meningkatkan perbelanjaan ketenteraannya dalam menghadapi "hakikat suram" berikutan ancaman dari China dan Korea Utara.
Demikian menurut seorang anggota kanan Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun ketika lawatannya ke Taiwan pada Ahad (11 Dis).
Meskipun Taiwan dan Jepun ditadbir secara demokrasi dan tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi,
kedua-duanya mempunyai hubungan tidak rasmi yang rapat.
Taiwan dan Jepun juga berkongsi kebimbangan terhadap China terutamanya peningkatan aktiviti ketenteraan berhampiran kedua-dua negara berkenaan.
Encik Koichi Hagiuda yag merupakan Ketua Dasar LDP bekas Menteri Industri, berkata Jepun 'memilih jalan damai' sejak Perang Dunia Kedua dan ia tidak akan berubah pada masa hadapan.
"Bagaimanapun, dengan hanya menyebut perkataan keamanan pastinya tidak memadai untuk melindungi keamanan yang dikecapi," katanya pada forum mengenai hubungan Jepun-Taiwan.
Semasa Jepun menyediakan belanjawan negara tahun depan, Perdana Menteri Fumio Kishida mengumumkan rancangan untuk menaikkan perbelanjaan pertahanan kepada jumlah bersamaan dua peratus daripada GDP bagi tempoh lima tahun.
Ia berbanding hanya satu peratus ketika ini.
Langkah itu akan menjadikan belanjawan pertahanan tahunan Jepun meningkat kepada lebih 11 trilion yen (S$1.1 trilion) daripada 5.4 trilion yen pada masa ini, menjadikannya ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat (AS) dan China, pada tahap semasa mereka.
Encik Hagiuda merujuk kepada peningkatan besar-besaran China dalam perbelanjaan ketenteraan dan ujian peluru berpandu Korea Utara, sebagai sebab Jepun menaikkan perbelanjaan pertahanannya.
"Keupayaan pertahanan Jepun penting bagi melindungi nyawa dan keamanan serta perlu dibangunkan segera, bukan dalam tempoh lima tahun," ujar beliau.
China menjalankan latihan ketenteraan berhampiran Taiwan Ogos lalu, bagi meluahkan kemarahan terhadap lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS ketika itu, Nancy Pelosi ke Taipei, termasuk melancarkan lima peluru berpandu ke laut berhampiran Okinawa, dalam zon ekonomi eksklusif Jepun.

Sumber : Agensi berita/LL./fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.