Skip to main content

Dunia

Jepun sahkan kes pertama mpox Klad 1B di Kobe

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun sahkan kes pertama mpox Klad 1B di Kobe

Gejala yang dialami akibat mpox. (Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 17 Sep 2025 09:26AM
  • Seorang wanita berusia 20-an tahun dengan sejarah perjalanan ke Afrika disahkan dijangkiti mpox di Kobe, Jepun, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa (16 Sep), lapor Xinhua.
  • Ujian genetik menunjukkan beliau dijangkiti jenis Klad 1b, menjadikan ini kes pertama pengesanan jenis virus berkenaan di Jepun.
  • Pesakit itu mengalami demam dan ruam kulit sebelum mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Kobe pada 12 September.
  • Pihak berkuasa menyatakan setakat ini tiada petunjuk berlaku penularan dalam masyarakat di Jepun.
Dijana oleh AI
TOKYO: Seorang wanita berusia 20-an tahun dengan sejarah perjalanan ke Afrika disahkan dijangkiti mpox di Kobe, Jepun, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa (16 Sep), lapor Xinhua.

Ujian genetik menunjukkan beliau dijangkiti jenis Klad 1b, menjadikan ini kes pertama pengesanan jenis virus berkenaan di Jepun.

Jenis virus itu diketahui menular di beberapa kawasan di Afrika Tengah.

Pesakit itu mengalami demam dan ruam kulit sebelum mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Kobe pada 12 September.

Pegawai kesihatan memaklumkan keadaannya stabil.

Pihak berkuasa menyatakan setakat ini tiada petunjuk berlaku penularan dalam masyarakat di Jepun.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita