Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun sahkan kes kedua virus korona

Kementerian Kesihatan Jepun mengesahkan kes kedua virus korona melibatkan seorang lelaki dari bandar Wuhan, China.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun sahkan kes kedua virus korona

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Jan 2020 08:07AM Dikemas Kini : 07 Feb 2020 04:51PM

TOKYO: Kementerian Kesihatan Jepun mengesahkan kes kedua virus korona melibatkan seorang lelaki dari bandar Wuhan, China.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu menyatakan bahawa lelaki berusia 40-an itu adalah penduduk dari bandar di mana bermulanya wabak berkenaan dan tiba di Jepun pada 19 Januari lalu.

Lelaki itu dilaporkan mengalami simptom demam selama beberapa hari sebelum tiba di negara ini dan keadaannya stabil ketika beliau tiba di Jepun.

Pada 22 Januari lalu, lelaki itu dilaporkan demam dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital Tokyo.

Kenyataan itu turut menjelaskan lelaki itu menafikan mengunjungi pasar tersebut di Wuhan yang dikenal pasti sebagai lokasi bermulanya wabak tersebut.

Kes itu disahkan lebih kurang seminggu selepas pihak berkuasa Jepun melaporkan kes pertama virus baru itu di negaranya.Virus baru tersebut sudah meragut nyawa 18 orang dan ratusan lagi dijangkitinya.

Wabak itu sudah mendorong China untuk melakukan kuarantin terhadap seramai 20 juta penduduknya tetapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan penyakit itu belum menjadi kecemasan kesihatan global. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan