Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun sahkan 3 lagi kes jangkitan virus korona

Jepun mengesahkan tiga kes baru jangkitan virus korona Wuhan dalam kalangan rakyatnya yang dibawa pulang dari bandar Wuhan di China, termasuk seorang yang sebelum ini diuji negatif virus itu, menurut kementerian kesihatan negara tersebut pada Sabtu (1 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun sahkan 3 lagi kes jangkitan virus korona

Sebuah ambulans membawa seorang rakyat Jepun yang dibawa pulang dari Wuhan menaiki sebuah pesawat yang disewa khas, tiba di hospital di Tokyo. (Gambar: Kyodo menerusi Reuters)

Diterbitkan : 02 Feb 2020 01:21PM Dikemas Kini : 02 Feb 2020 02:13PM

TOKYO: Jepun mengesahkan tiga kes baru jangkitan virus korona Wuhan dalam kalangan rakyatnya yang dibawa pulang dari bandar Wuhan di China, termasuk seorang yang sebelum ini diuji negatif virus itu, menurut kementerian kesihatan negara tersebut pada Sabtu (1 Feb).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang disahkan di negara itu sebanyak 20.

Dalam kalangan tiga pesakit itu, seorang lelaki berusia 40-an tahun menunjukkan simptom-simptom seperti demam dan batuk dan pada mulanya dia diuji negatif virus korona, menurut kementerian itu.

Namun lelaki itu, yang pada awalnya didiagnosis dengan radang paru-paru, disahkan positif virus Wuhan menerusi ujian tambahan, dedah kementerian tersebut.

Kerajaan Jepun merancang untuk menghantar sebuah lagi pesawat yang disewa khas pada pertengahan atau lewat minggu ini untuk membawa pulang rakyat negara itu yang masih berada di wilayah Hubei di China dan ibu kotanya Wuhan, bandar di mana virus itu dipercayai mula menular, menurut kementerian luar pada Ahad (2 Feb).

Jepun sudah mengirimkan emel kepada rakyatnya di Hubei untuk memaklumkan mereka tentang rancangan tersebut dan sedang berunding dengan China mengenai pasangan suami isteri warga Jepun yang juga ingin mengikut pasangannya pulang ke Jepun. 

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan