Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun rancang perluas perintah darurat ke 21 wilayah

Jepun merancang untuk memperluaskan perintah darurat ke lapan lagi wilayah, menjadikannya 21 wilayah secara keseluruhannya, dalam usaha untuk membendung kenaikan mendadak pada jumlah kes COVID-19, menurut menteri bertanggungjawab bagi langkah-langkah menangani COVID-19 pada Rabu (24 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun rancang perluas perintah darurat ke 21 wilayah

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Aug 2021 10:23AM Dikemas Kini : 25 Aug 2021 10:24AM

TOKYO: Jepun merancang untuk memperluaskan perintah darurat ke lapan lagi wilayah, menjadikannya 21 wilayah secara keseluruhannya, dalam usaha untuk membendung kenaikan mendadak pada jumlah kes COVID-19, menurut menteri bertanggungjawab bagi langkah-langkah menangani COVID-19 pada Rabu (24 Ogos).

Kerajaan Jepun sejauh ini melaksanakan perintah darurat di 13 daripada 47 wilayah di Jepun, termasuk Tokyo.

Perintah darurat itu dijadual berkuat kuasa sehingga 12 September bagi membendung kes varian Delta yang melonjak dan meningkatkan lagi beban terhadap sistem jagaan kesihatan negara itu.

"Kes-kes kritikal meningkat secara tiba-tiba dan sistem perubatan kini berada dalam keadaan yang sangat teruk," kata Menteri Ekonomi Yasutoshi Nishimura di awal mesyuarat bersama sebuah panel penasihat, yang kelulusan mereka diperlukan untuk merasmikan pelan itu.

Kerajaan Jepun merancang untuk mengenakan sekatan darurat di Hokkaido, Aichi, Hiroshima dan lima lagi wilayah di sekitar kepulauan Jepun mulai Jumaat hingga 12 Sep, katanya.

Pada Isnin (23 Ogos), jumlah kes baru COVID-19 mencecah 16,842 di Jepun dan 32 kematian dilaporkan.

Kadar kematian COVID-19 di Jepun adalah sekitar 1.2 peratus berbanding dengan 1.7 peratus di Amerika Syarikat dan 2.0 peratus di Britain.

Namun sekitar 90 peratus daripada katil dalam unit jagaan rapi di Tokyo sudah dipenuhi, sedang jumlah kes jangkitan serius meningkat, sekali gus memaksa ramai penduduk untuk mengasingkan diri di rumah dan ada yang meninggal dunia sebelum mereka sempat mendapatkan rawatan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan