Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun pertimbang turunkan status COVID-19 kepada kategori selesema musiman

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun pertimbang  turunkan status COVID-19 kepada kategori selesema musiman

Encik Fumio Kishida. (Gambar: KAZUHIRO NOGI / AFP)

TOKYO: Jepun akan mempertimbangkan untuk menurunkan status COVID-19 kepada penyakit berjangkit kurang serius dan melonggarkan peraturan memakai pelitup di tempat awam seawal musim bunga ini, kata Perdana Menteri Fumio Kishida pada Jumaat (20 Jan).

Beliau berkata demikian kepada media selepas bertemu dengan sebilangan menteri berkaitan. Menurut Encik Kishida beliau sudah mengarahkan semua Menteri tersebut untuk mempertimbangkan perkara-perkara khusus bagi COVID-19 disenaraikan dalam kategori yang sama seperti selesema musiman.

"Sedang kami cuba untuk kembalikan kehidupan harian seperti biasa di Jepun, kami akan mengubah langkah-langkah sekatan COVID-19 secara bertahap-tahap," kata Encik Kishida kepada wartawan.

Apabila COVID-19 digolongkan sama seperti penyakit selesema musiman, pesakitnya dan kontak rapat mereka tidak perlu lagi diasingkan.

Dalam langkah berasingan, hanya pesakit yang mengalami gejala COVID-19 dinasihatkan memakai pelitup di tempat tertutup.

Kali terakhir kerajaan Jepun menyemak langkah-langkah sekatan COVID-19 ialah pada Mei 2022 apabila orang ramai tidak lagi perlu memakai pelitup ketika berada di tempat terbuka selagi mereka menjaga jarak sosial.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan