Skip to main content

Dunia

Jepun perlu lagi 1 juta kakitangan jagaan kesihatan jelang 2040

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun perlu lagi 1 juta kakitangan jagaan kesihatan jelang 2040

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Oct 2022 05:58PM

JEPUN: Jepun masih bergelut dengan kekurangan kakitangan jagaan kesihatan.

Ini sungguhpun negara itu sedang menyambut kedatangan lebih ramai pelawat dan melonggarkan sekatan-sekatan COVID-19.

Dalam laporan yang diterbitkan pada bulan lalu, pemerintah Jepun memberi amaran negara itu akan kekurangan hampir sejuta pekerja menjelang 2040.

Para pekerja jagaan kesihatan yang mengadu keletihan disebabkan tuntutan tugas yang terlalu berat semasa kemuncak pandemik, tidak digantikan dengan pekerja-pekerja baru.

Ini sebahagian besarnya disebabkan persekitaran kerja yang sukar dan gaji rendah.

Walau bagaimanapun, masalah yang lebih besar yang masih dihadapi adalah penurunan kadar kelahiran dan jumlah golongan muda yang lebih kecil memasuki tenaga kerja.

Malah, penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan yang dipertingkatkan menyebabkan warga Jepun mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding sebelum ini, sekali gus menyumbang kepada beban yang dihadapi sektor tersebut.


Krisis yang membelenggu sektor kesihatan itu diketengahkan dalam laporan tahunan Kementerian Kesihatan, yang dikemukakan kepada Kabinet pada Septemper.

Laporan tersebut malah, menggariskan usaha memikat jumlah pekerja yang mencukupi bagi sektor jagaan dikenal pasti sebagai antara keutamaan pemerintah Jepun.

Sumber : Agensi berita/ZM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita