Jepun perkenalkan sistem tempahan online bagi laluan mendaki Gunung Fuji
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/MATHIAS CENA)
TOKYO: Pihak berkuasa Jepun mengumumkan sistem tempahan online bagi laluan mendaki paling popular Gunung Fuji pada Isnin (13 Mei), sedang ia cuba menangani jumlah pelancong yang terlalu ramai di gunung berapi aktif itu.
Gunung tertinggi Jepun itu semakin sesak ketika musim mendaki pada musim panas, yang meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kerosakan kepada alam sekitar.
Untuk mengurangkan kesesakan di Laluan Yoshida, iaitu laluan yang sering digunakan pendaki, wilayah Yamanashi sedang merancang untuk mengehadkan kemasukan kepada 4,000 orang, dan akan mengenakan bayaran AS$13 (S$18).
Untuk menangani kebimbangan sejumlah pendaki yang khuatir mereka tidak dibenarkan masuk sebaik sahaja had harian dipenuhi, tempahan online akan diperkenalkan tahun ini buat pertama kalinya.
Sistem tersebut akan memastikan pendaki dapat masuk melalui pintu masuk baharu, "yang membenarkan mereka untuk merancang lebih awal," kata Katsuhiro Iwama, seorang pegawai dari kerajaan wilayah Yamanashi, kepada AFP.
Tempahan online akan dibuka pada 20 Mei bagi musim mendaki antara Julai hingga September.
Sekurang-kurangnya 1,000 tempat tambahan disediakan secara percuma bagi mereka yang tiba di laluan itu tanpa memperolehi tiket.
Gunung Fuji diselubungi salji hampir sepanjang tahun, tetapi pada musim panas, lebih daripada 220,000 pelawat mendaki gunung yang curam dan berbatu itu, dengan ramai yang mendaki sepanjang malam untuk melihat matahari terbit.
Sesetengah pendaki yang cuba untuk mencapai puncak setinggi 3,776 meter (12,388 kaki) itu tanpa rehat, dan jatuh sakit atau mengalami kecederaan.
Para pelancong juga berpusu-pusu ke kawasan berhampiran untuk mengambil gambar gunung tersebut, yang dianggap sebagai simbol Jepun, namun popularitinya membebankan penduduk tempatan.

BACA:
Jepun mencatatkan jumlah rekod pelancong, di mana lebih tiga juta pelancong tiba pada Mac buat pertama kalinya.
Para penduduk kawasan Geisha, Kyoto, juga melarang pelancong daripada memasuki lorong-lorong privetnya, selepas ia menerima aduan bahawa segelintir pelancong meminta untuk mengambil gambar bersama penghibur yang memakai Kimono secara kasar.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.