Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun mula dedahkan nama individu langgar perintah kuarantin

Jepun mengeluarkan ancaman untuk memalukan para individu yang tidak mematuhi langkah kawalan sempadan koronavirus, dengan mendedahkan nama tiga individu yang melanggar perintah kuarantin setelah pulang dari luar negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun mula dedahkan nama individu langgar perintah kuarantin

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 03 Aug 2021 10:23AM Dikemas Kini : 03 Aug 2021 10:26AM

TOKYO: Jepun mengeluarkan ancaman untuk memalukan para individu yang tidak mematuhi langkah kawalan sempadan koronavirus, dengan mendedahkan nama tiga individu yang melanggar perintah kuarantin setelah pulang dari luar negara.

Kementerian Kesihatan Jepun menyatakan pada lewat Isnin (2 Ogos) bahawa tiga warga Jepun yang didedahkan nama mereka, secara jelas cuba mengelak berhubungan dengan pihak berkuasa setelah pulang dari luar negara baru-baru ini.

Pengumuman itu yang pertama seumpamanya, mencetuskan spekulasi dalam kalangan pengguna Twitter tentang butiran mereka yang dikenal pasti seperti pekerjaan dan lokasi mereka.

Jepun menyeru semua pelawat dari luar negara termasuk warga negaranya sendiri, supaya menjalani kuarantin sendiri selama dua minggu, di mana sepanjang tempoh itu mereka perlu menggunakan aplikasi pengesan lokasi pada telefon bimbit masing-masing dan melaporkan keadaan kesihatan mereka.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan