Skip to main content

Dunia

Jepun longgarkan sekatan perjalanan COVID-19 bagi 9 negara termasuk S'pura

Jepun melonggarkan sekatan perjalanan bagi China, Australia, Korea Selatan dan enam lagi negara dan wilayah, demikian menurut Menteri Ehwal Luar Toshimitsu Motegi pada Jumaat (30 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun longgarkan sekatan perjalanan COVID-19 bagi 9 negara termasuk S'pura

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Oct 2020 07:54PM Dikemas Kini : 30 Oct 2020 08:06PM

TOKYO: Jepun melonggarkan sekatan perjalanan bagi China, Australia, Korea Selatan dan enam lagi negara dan wilayah, demikian menurut Menteri Ehwal Luar Toshimitsu Motegi pada Jumaat (30 Okt), sedang Tokyo mempertingkatkan usaha untuk memulihkan ekonominya sambil mencegah penularan COVID-19.

Jepun menurunkan tahap nasihat risiko jangkitan bagi Singapura, Thailand,Taiwan, New Zealand, Brunei dan Vietnam, selain daripada China, Korea Selatan dan Australia, kepada dua dari tiga, sambil memberitahu warganya supaya mengelakkan daripada melakukan perjalanan tidak penting.

Di bawah tahap tiga nasihat risiko jangkitan, orang ramai diarah untuk tidak melakukan sebarang perjalanan.

Singapura dan Jepun melancarkan laluan hijau timbal balik bagi memudahkan perjalanan jangka pendek bagi urusan rasmi dan perniagaan penting antara kedua-dua negara pada 18 Sep.

Eksekutif perniagaan yang memegang pas kerja boleh melakukan perjalanan antara Jepun dengan Singapura menerusi aturan perjalanan "laluan penduduk".

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita