Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun longgarkan kawalan sempadan; naikkan jumlah pelawat

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun longgarkan kawalan sempadan; naikkan jumlah pelawat

Pejalan kaki di Tokyo, Jepun pada 13 Mei 2021. (Gambar fail: AP/Eugene Hoshiko)

Diterbitkan : 01 Mar 2022 07:31PM Dikemas Kini : 01 Mar 2022 07:32PM

SINGAPURA: Jepun telah melonggarkan kawalan sempadannya, dengan menaikkan had kemasukan harian ke negara itu, buat pertama kalinya dalam masa tiga bulan.

Seramai 5,000 orang boleh memasuki Jepun setiap hari berbanding 3,500 orang sebelum ini.

Mulai hari ini (1 Mac), warga asing boleh memasuki Jepun bagi tujuan lain, kecuali pelancongan.

Ini termasuk mereka yang merancang untuk mengunjungi Jepun selama sehingga tiga bulan atas tujuan perniagaan, serta para pelajar dan pelatih teknikal.

Pada masa yang sama, peraturan pengasingan diri juga telah dilonggarkan.

Mereka yang tiba di Jepun tidak perlu lagi mengasingkan diri selama tujuh hari jika diuji negatif COVID-19 pada hari ketiga setelah tiba di negara itu.

Mereka yang sudah disuntik dos penggalak dikecualikan daripada segala syarat kuarantin jika mereka datang dari wilayah-wilayah yang tidak mengalami lonjakan kes akibat varian Omicron.

Kerajaan Jepun menyasar untuk terus melonggarkan sekatan-sekatan demi memulihkan kegiatan sosial dan ekonomi negara itu.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan