Skip to main content

Dunia

Jepun longgarkan kawalan sempadan bagi pelancong China mulai 1 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun longgarkan kawalan sempadan bagi pelancong China mulai 1 Mac

Dua pengawal keselamatan dilihat di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo, Jepun pada 2 Ogos 2021. (Gambar fail: Behrouz MEHRI/AFP)

TOKYO: Jepun akan melonggarkan sekatan COVID-19 ke atas pelancong dari China bermula Rabu (1 Mac).

Ia akan membatalkan keperluan bagi semua pelancong China untuk mengambil ujian COVID-29 apabila tiba di Jepun, kata seorang jurucakap kanan kerajaan itu.

Sebaliknya, Jepun akan hanya membuat ujian terhadap beberapa pelancong.

Namun, pelawat dari China masih erlu menunjukkan ujian negatif sebelum menaiki penerbangan mereka ke Jepun, kata Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno dalam satu sidang media pada Isnin (27 Feb).

Perubahan tersebut bertujuan "menyokong perjalanan antarabangsa yang lancar, memandangkan kadar keputusan positif dari kalangan pelancong adalah rendah," kata Encik Matsuno.

Syarikat penerbangan juga akan dibenarkan mengendalikan penerbangan langsung dari China ke lebih banyak lapangan terbang Jepun, tambah Encik Matsuno.

Buat masa ini, penerbangan dari China hanya dibenarkan mendarat di lapangan terbang Narita, Haneda, Kansai dan Chubu.

Penumpang dari Hong Kong dan Macau juga dikecualikan daripada sebarang ujian apabila mereka tiba di negara itu, Mereka juga tidak perlu menunjukkan keputusan negatif sebelum menaiki pesawat.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita