Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun longgarkan garis panduan pakai pelitup

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Senyuman dan jeritan di Tokyo Disneyland mungkin lebih jelas pada Isnin (13 Mac) apabila taman hiburan dan kebanyakan tempat awam di Jepun melonggarkan pemakaian pelitup yang diwajibkan ketika pandemik COVID-19 selama tiga tahun.

Pengendali taman tema Disney, Oriental Land Co, East Japan Railway Co dan pengendali pawagam Toho Co adalah antara syarikat utama yang membenarkan pengunjung masuk tanpa memakai pelitup bermula hari ini.

Ia berdasarkan panduan terbaru kerajaan yang diumumkan bulan lalu.

Namun perubahan tingkah laku yang cepat tidak mungkin berlaku, memandangkan sejarah pemakaian pelitup yang lama di negara itu.

Tambahan pula, musim bunga paling teruk dalam beberapa tahun ini, mencetuskan serangan debunga yang menyebabkan mereka yang mempunyai alahan kepada debunga

"Memakai pelitup adalah sebahagian daripada budaya kita sebelum COVID-19," kata Hitoshi Oshatina, seorang profesor di Universiti Tohoku.

Beliau bertanggungjawab menyediakan tindak balas Jepun terhadap COVID.

"Saya rasa banyak orang akan memakai pelitup walaupun selepas peraturan dilonggarkan."

Jepun merupakan salah satu daripada negara ekonomi utama terakhir melonggarkan panduan rasmi mengenai pelitup.

Pemakaian pelitup diamalkan di seluruh negara walaupun tianpa peraturan rasmi atau hukuman tegas terhadap bagi mengawalnya.

Korea Selatan menarik semula kebanyakan peraturan berhubung pemakaian pelitup di kawasan tertutup pada Januari, manakala Singapura membenarkan penumpang tidak perlu memakai pelitup dalam pengangkutan awam bulan lalu. Amerika Syarikat dan England menghentikan kebanyakan mandat pelitup muka awal tahun lalu.

Jepun sudah melonggarkan norma mengenai pelitup, membenarkan ucapan tanpa memakai pelindung itu di Parlimen dan membenarkan sekolah memutuskan sama ada mewajibkannya atau tidak pada bulan ini.

Ketua jurucakap kerajaan Hirokazu Matsuno berkata pada minggu lalu bahawa pelitup tidak lagi diwajibkan pada mesyuarat Kabinet bermula Isnin.

Pilihan untuk memakai pelitup diserahkan kepada tempat kerja masing-masing.

Kadar vaksinasi COVID di Jepun mencapai lebih daripada 80 peratus dan kes menurun selepas gelombang jangkitan kelapan yang memuncak pada awal Januari.

Pakar kesihatan di Jepun menunjukkan penggunaan pelitup secara meluas serta sikap menjaga kebersihan dan jarak sosial adalah sebab utama negara itu mempunyai jumlah kematian yang lebih rendah akibat COVID.

 
Sumber : Reuters/AE/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan