Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun letakkan pertahanan peluru berpandu pada tahap waspada

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Jepun meletakkan pertahanan peluru berpandunya pada tahap waspada pada Isnin (29 Mei) dan berikrar untuk menembak jatuh sebarang peluncur yang mengancam wilayah tersebut.

Ini setelah Korea Utara memaklumkan kepadanya mengenai satu pelancaran satelit yang dirancang antara 31 Mei dengan 11 Jun.

Korea Utara yang mempunyai bekalan senjata nuklear, menyatakan bahawa ia sudah menyiapkan satelit perisikan tentera pertamanya dan pemimpin Kim Jong Un sudah meluluskan persiapan terakhir bagi pelancaran tersebut.


Ia adalah langkah terakhir oleh Korea Utara dalam siri pelancaran peluru berpandu dan ujian senjata dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk salah satu daripada peluru berpandu balistik antara benua yang baru.

Tokyo menjangkakan Korea Utara akan melepaskan roket yang membawa satelit tersebut, merentasi rangkaian pulau barat daya sepertimana yang dilakukan pada 2016, kata seorang jurucakap kementerian pertahanan.


Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida menekankan bahawa sebarang pelancaran peluru berpandu Korea Utara akan dianggap sebagai pelanggaran serius ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang mengutuk kegiatan nuklear serta peluru berpandunya.

"Kami menggesa agar Korea Utara menghindari daripada melancarkan(nya)," tegas pejabat PM Kishida menerusi catatan di Twitter, sambil menambah bahawa ia akan bekerjasama dengan Amerika Syarikat, Korea Selatan dan negara-negara lain untuk seboleh mungkin mengumpulkan dan menganalisis maklumat daripada sebarang pelancaran tersebut.

Korea Selatan menyertai Jepun untuk menggesa Korea Utara agar menarik balik rancangan tersebut, yang disifatkan sebagai tindakan "melanggar undang-undang".

"Jika Korea Utara meneruskan (rancangannya), ia akan menanggung akibatnya," jelas seorang jurucakap kementerian luar Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan