Skip to main content

Dunia

Jepun lapor kelompok pertama jangkitan COVID-19 jenis B117

Jepun melaporkan munculnya kelompok pertama penularan jenis virus baru COVID-19 yang pertama kali dikesan di Britain.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun lapor kelompok pertama jangkitan COVID-19 jenis B117

Gambar fail penduduk Jepun memakai pelitup. (Gambar: REUTERS/Kim Kyung-Hoon)

Diterbitkan : 31 Jan 2021 05:46PM Dikemas Kini : 31 Jan 2021 05:50PM

TOKYO: Jepun melaporkan munculnya kelompok pertama penularan jenis virus baru COVID-19 yang pertama kali dikesan di Britain.

Kementerian Kesihatan Jepun melaporkan lima kes baru melibatkan varian B117 yang dikatakan lebih mudah berjangkit.

Empat daripada mereka dikaitkan dengan dengan seorang lelaki di Tokyo yang disahkan pada Isnin lalu (25 Jan) dijangkiti virus jenis itu.

Setakat ini 64 orang disahkan dijangkiti virus varian Britain itu di merata Jepun. Bagaimanapun pihak berkuasa kesihatan Jepun percaya virus varian Britain itu belum menular secara meluas di Jepun.

Dalam pada itu Jepun dijangka melanjutkan tempoh keadaan darurat selama sebulan lagi di Tokyo dan beberapa wilayah lain. Tempohnya sekarang yang berakhir pada Ahad depan meliputi Tokyo dan 11 wilayah.

Menurut laporan-laporan, jika keadaan darurat itu dilanjutkan ia mungkin meliputi Tokyo dan lapan wilayah sahaja.

Kes baru COVID-19 di Jepun masih bertambah dalam jumlah yang agak besar setiap hari.

Semalam, lebih 3,300 kes dan 91 kematian dilaporkan.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita